5 Juadah Bazar Ramadan Yang Anda Boleh Masak di Rumah - Jiran

5 Juadah Bazar Ramadan Yang Anda Boleh Masak di Rumah

Siapa tahu buat air katira?

Published on 29 April 2020

Seperti yang anda sedia maklum, segala perancangan untuk bazar Ramadan telah pun dibatalkan kerana faktor kesihatan dan keselamatan dalam memerangi wabak COVID-19. Tapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh menikmati juadah-juadah bazar Ramadan ini. Kali ini kita tidak perlu menempuh lautan kereta dan manusia untuk membeli makanan untuk berbuka puasa — anda juga boleh menyediakannya!

Ayam Percik

Ayam percik boleh dikatakan antara tarikan utama di bazar Ramadan dan selalunya dijual di gerai-gerai berdekatan dengan pintu masuk. Jadi tidak hairanlah jika ramai dalam kalangan pengunjung bazar beranggapan yang ayam percik ini dijual khusus di bulan Ramadan. Hakikatnya, ayam percik juga boleh dibuat di rumah menggunakan kuali di dapur anda.

1 inci halia
6 biji cili kering
2 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cawan air
1 sudu garam
1 sudu gula
1 asam keping
1 kotak santan
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
Ayam (mengikut cita rasa masing-masing)

Murtabak Maggi

Selain ayam percik, murtabak juga merupakan juadah yang dirindui oleh para penggemar makanan. Bukan mudah untuk mencari restoran yang menghidangkan murtabak yang lazat dan murah. Ini mungkin kerana proses penyediaannya bukanlah mudah, lebih-lebih lagi murtabak kambing dan daging. Sebab itulah ramai yang memilih murtabak maggi sebagai alternatif kepada murtabak tradisional.

2 paket mi segera
Daun bawang
Cili potong
Bawang merah
2 biji telur

Roti John

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu identiti Encik John dan asal usul Roti John yang sebenarnya. Walau bagaimanapun, Roti John sentiasa menjadi tarikan bagi para pengunjung pasar malam dan juga bazar Ramadan kerana keunikan resipinya yang seakan-akan gabungan roti telur dan juga burger. Penyediaan Roti John ini amatlah mudah dan sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa.

250g daging dicincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
Garam
Lada sulah
Marjerin
3 biji telur
6 keping roti
Mayonis
Sos cili

Air Katira

“Air, air, air!” antara laungan yang sering kita dengar di bazar Ramadan. Selang beberapa gerai makanan, anda pasti jumpa gerai minuman yang menawarkan pelbagai jenis jus buah, teh dan macam-macam lagi air berperisa dengan warna yang memukau mata. Salah satu minuman yang cukup popular bulan ini adalah air katira. Tapi apa itu katira? Ia juga dikenali sebagai getah anggur kering atau katira gum. Kalau tak pekena air katira bulan ini, tak lengkaplah!

1.7 liter air
300ml air pandan
300g gula pasir
13 biji badam yang dikisar
1 sudu besar katira yang direndam semalaman
10 biji kembang semangkuk
1 sudu besar biji selasih
1 tin susu cair
1 cawan air gula batu
1 cawan ais krim soda
6–7 biji buah kurma
1 sudu kismis
1 mangkuk agar-agar

Nasi Mandi ‘Lamb Shank’

Kepada peminat makanan Arab, semestinya nasi Mandi ‘lamb shank’ Chef Ammar menggamit memori. Chef Ammar cukup popular dengan ‘persembahannya’ dalam menjual produk dan juga kualiti nasi Mandi ‘lamb shank’ beliau yang setanding masakan di hotel. Mungkin tahun ini tiada lagi barisan yang panjang di hadapan gerai Chef Ammar, tapi ini bukanlah bermakna kita tak boleh mencuba sendiri resipi masakan beliau!

Lamb Shank
2 sudu ghee
2 sudu bawang putih
1 ½bawang besar
5 biji cili hijau
4 biji cili padi
3½ sudu rempah Mandi
Air
5 ketul lamb shank
1 sudu smoke flavour
2 sudu garam
½ sudu serbuk saffron
Nasi Mandi
2 sudu ghee
18 ulas bawang putih
1 mangkuk kecil bawang besar
1 mangkuk kecil cili hijau
4 biji cili padi
2 genggam kismis
1 kilo beras basmati
1½ jag air
1 sudu rempah Mandi
2 sudu garam