6 Cara Menggayakan Seluar Palazzo - Jiran

6 Cara Menggayakan Seluar Palazzo

Barulah stail! Koleksi seluar yang selesa dipakai hiasi landskap fesyen tanah air

Published on 22 September 2021

Perintah Kawalan Pergerakan dan budaya kerja dari rumah banyak mencorakkan cara hidup kita. Contohnya, fesyen yang lebih santai dan ringkas semakin menjadi pilihan. Koleksi pakaian anda tidak lengkap rasanya jika tiada palazzo. Potongan seluar palazzo yang longgar dapat memberikan keselesaan maksimum dan menampilkan gaya klasik.

Palazzo tidak pernah ketinggalan zaman walaupun ia sudah popular sejak sekian lama. Mula dipakai oleh pereka fesyen Coco Chanel pada zaman roaring 20s, palazzo mendapat sambutan hangat sehingga dikenali sebagai gaya ikonik pelakon legenda Hollywood Katharine Hepburn.

Kenapa dipanggil “palazzo”? Nama ini diilhamkan daripada seni bina bangunan ikonik di Itali yang bertapak luas dan tirus di bahagian atas, sama seperti potongan seluar tersebut. Di Malaysia, seluar berkaki lebar ini sesuai dipakai ketika cuaca panas dan menjadi inspirasi untuk wanita berhijab. Jom lihat stail palazzo yang ada di pasaran tempatan yang boleh kita cuba!

Warna lembut — QISZAR

jiran Palazzo Qiszar
Imej: Qiszar

Palazzo berwarna lembut cukup versatil. Ia sesuai digayakan di mana-mana sahaja dan mampu menampilkan aura kasual serta profesional. Ia boleh dipadankan dengan kasut muncung tajam untuk tampak lebih anggun, moden dan minimalis. Keistimewaan rekaan busana daripada Qiszar ini adalah ia didatangkan satu set bersama blaus yang mempunyai zip tersembunyi pada bahagian tengah lengan — ideal untuk dipakai pada hari vaksinasi anda! Para wanita yang inginkan imej yang berbeza boleh cuba mengenakan seluar palazzo dengan jaket ataupun kemeja-T besar untuk gaya yang lebih santai. 

Corak berpetak — POPLOOK

jiran Palazzo POPLOOK
Imej: Poplook

Palazzo corak berpetak lebih menarik apabila dipadankan dengan baju polos. Jenis corak kotak-kotak perlu dipilih dengan berhati-hati untuk tampil menawan dan tidak serabut. Lengkapkan gaya anda dengan beberapa aksesori minimalis, selendang, baju tuck in dan rompi mengikut susuk badan. Beg tangan tanpa corak juga disyorkan untuk penampilan yang lebih kemas. Stail ini sesuai dipakai ke pejabat jika dipadankan dengan blazer hitam atau putih.

Sulaman — LILIT.

jiran palazzo edited for lilit v2 1
Imej: LILIT.

Kain bersulam disukai ramai dalam industri fesyen kerana ia mencerminkan unsur klasik. Sulaman yang kemas dan indah berupaya menyerlahkan gaya yang lebih manis dan vintaj. Ia juga cantik digayakan dengan baju putih dan sandal bertumit sederhana. Bagi menampilkan imej yang lebih comel, padankan bersama aksesori beraneka warna dan kaca mata retro. Potongan pinggul tinggi juga menimbulkan keyakinan si pemakai.

Denim — AYUYAHYA

jiran Palazzo Ayuyahya
Imej: AYUYAHYA

Untuk gaya yang lebih daring, kenakan palazzo denim. Fesyen seluar ini popular di negara Barat dan menampakkan imej yang cool. Koleksi daripada AYUYAHYA ini harganya RM59 sahaja. Denim on denim iaitu seluar denim yang dipakai bersama jaket denim menghasilkan penampilan berani yang menarik perhatian. Lebih kreatif apabila dipadankan dengan baju yang menarik. Di samping itu, pinggang jenis getah sesuai dipakai para fashionista yang plus size

Uniseks — CALAQISYA

jiran Palazzo CALAQISYA
Imej: Calaqisya

Para jejaka juga boleh menggayakan trend palazzo. Golongan selebriti termasuk penyanyi terkenal Harry Styles kerap mengenakan seluar ini. Stail ini menonjolkan keberanian anda dalam berfesyen dan dapat menarik setiap mata yang memandang. Kemeja-T yang dipakai mestilah tidak terlampau longgar. Pilih palet warna earthy untuk tampak lebih eksklusif. Lengkapkan padanan ini dengan jam tangan dan kasut but untuk kelihatan lebih edgy.

Fabrik yang selesa — HANI MOKHTA

PalazzoHani
Imej: Hani Mokhta

Hasil reka cipta syarikat yang diasaskan oleh dua adik-beradik yang meminati fesyen unik dan gaya moden, palazzo Hani Mokhta menggunakan kain viscose rona hijau zaitun yang nipis, hypoallergenic dan bertekstur lembut. Seluar palazzo diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik, termasuk sifon, kapas dan satin. Pilih kain yang sesuai dengan bentuk badan anda untuk melengkapkan penampilan keseluruhan anda. 

Stail palazzo mana yang anda paling gemari? Jom beli pakaian baru di rangkaian fesyen yang tersenarai di Yellow Pages Malaysia. Tinggal klik saja!

Jika anda minat artikel seperti ini, jangan lupa like dan ikuti kami di  Instagram, Facebook dan Twitter untuk cerita terkini.