Jom lihat perkongsian tip oleh jenama Loccascarf!
Published on 15 December 2021Pemakaian tudung atau hijab telah lama diamalkan dalam kalangan wanita Muslim di Malaysia. Rata-rata kaum Hawa yang beragama Islam sudah diajar tentang kewajipan bertudung sedari kecil lagi. Meskipun masa silih berganti, tudung tetap dipakai untuk melengkapi penampilan diri seorang Muslimah.
Golongan wanita masa kini bijak menggayakan seleksi tudung pilihan mereka dengan pelbagai cara yang versatil. Namun begitu, memakai tudung dalam jangka waktu yang terlalu lama ada kalanya merimaskan, lebih-lebih lagi kerana keadaan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun. Jenama hijab lokal, Loccascarf, tampil berkongsi idea gaya hijab ideal yang berupaya memberi keselesaan berterusan buat si pemakai biarpun berada di bawah terik mentari!
#1 Selempang mudah
Gaya hijab ini sering menjadi pilihan ramai. Ini kerana cara pemakaiannya cukup ringkas tanpa memerlukan sebarang pin namun ternyata masih lagi mampu menonjolkan aura manis si pemakai!
Cara:
#2 Turban berjurai
Bosan dengan gaya bertudung yang sama sahaja? Mungkin boleh cuba serlahkan karakter yang tersendiri dengan menggayakan lilitan turban sebegini. Cara pemakaiannya tidaklah sukar sekali gus dapat menjimatkan masa anda tatkala bergegas mengejar acara harian kelak!
Cara:
#3 Ikat belakang
Sesuai dipadankan dengan pakaian yang memiliki potongan leher tinggi. Stail hijab ini selesa dan bakal membuatkan penampilan anda tampak lebih sofistikated tanpa perlu berlebih-lebihan!
Cara:
#4 Puteri klasik
Pepatah Inggeris ada menyebut, “Less is more”. Lebih ringkas, lebih cantik! Ilham pemakaian tudung ini disunting daripada gaya puteri Melayu zaman dahulu kala yang kerap dilihat menutup kepala mereka dengan kain kelubung. Jangan khuatir, kalian boleh menutup bahagian dada dan leher dengan memakai baju jenis turtleneck kalau teringin mencuba stail ini.
Cara:
#5 Lilitan anggun
Ini mungkin gaya hijab paling simple yang pernah anda lihat. Menariknya, penggayaan tudung ini tidak menggunakan sebarang pin atau jarum. Gaya ini sesuai benar dipakai saat anda kehilangan pin atau kesuntukan waktu ketika bersiap di pagi hari! Ayuh lihat caranya.
Cara:
#6 Ala tali leher
Siapa kata kita tidak boleh kreatif dalam pemakaian hijab? Lihat sahaja gaya ikatan tudung yang mirip tali leher ini. Pasti cantik andai dipadankan dengan blazer untuk menghadiri acara formal atau digayakan ke pejabat. Jom cuba!
Cara:
Tip pemilihan hijab yang betul
Menurut Loccascarf, antara elemen paling utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih helaian tudung adalah jenis kainnya. Koleksi Loccascarf mengetengahkan penggunaan fabrik jenis chiffon istimewa yang bertekstur ringan dan tidak panas bagi menggalakkan pengaliran udara di bahagian kepala. Ia berfungsi untuk memberi keselesaan yang berpanjangan kepada si pemakai.
Selain itu, rona neutral dan monokrom seperti hitam, putih gading, nude dan kelabu sangat berkesan untuk menonjolkan elemen versatil dalam penampilan harian anda. Tidak perlu bersusah payah menyarung pakaian yang sarat dengan perincian mahupun warna. Sebaliknya, cukup sekadar memakai tudung bersulam minimalis seperti yang dilihat pada koleksi Citra, Tiara dan Ratna keluaran Loccascarf.
Tentang Loccascarf
Baru genap berusia satu tahun, perniagaan hijab jenama Loccascarf ini diasaskan oleh seorang usahawan muda bernama Nur Faza Asheila Taharen. Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Sheila dahulunya merupakan pegawai di sebuah firma audit. Kini, fokusnya adalah untuk memajukan bisnes ini bersama dua adik-beradiknya.
Uniknya, Loccascarf banyak mengangkat elemen klasik yang diberi nafas baharu dalam koleksi yang dihasilkan. Sebagai contoh, sulaman kerawang dan bunga halus diperkenalkan dalam himpunan Ratna dan Tiara, seiring dengan gaya dan permintaan para hijabi moden.
Perincian scallop pada koleksi Citra pula begitu istimewa kerana mampu menyalurkan ciri feminin. Untuk maklumat lanjut tentang barisan rekaan hijab yang ditampilkan, layari laman web Loccascarf.
Ingin ketahui banyak lagi jenama tempatan yang menawarkan produk menarik pada harga mampu milik? Ikuti laman sosial Jiran di Instagram, Facebook dan Twitter sekarang!