6 Servis Penghantaran Lokal Yang Menghantar Terus ke Rumah Anda - Jiran

6 Servis Penghantaran Lokal Yang Menghantar Terus ke Rumah Anda

Teringin ikan bawal? ‘Order’ je!

Published on 16 May 2020

Anda terpaksa terus kekal di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Anak anda pula mengidam ayam masak lemak cili api tapi bahan-bahannya tidak cukup dan jiran sebelah pun tidak cukup stok untuk menghulurkan bantuan. Pada masa yang sama, mesin basuh anda rosak dan bertimbun sudah pakaian yang kotor. Cukup jelas fasa ini sangat mencabar untuk kita yang berada di rumah.

Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk meringankan beban anda dengan senarai servis penghantaran yang boleh membantu anda menguruskan hal berkaitan dengan rumah anda. Dah dapat tip tu, kongsilah di group WhatsApp jiran tetangga!

1. Mama Jo’s Launderette

Kawasan: Selangor dan Kuala Lumpur

Mama Jo ini bukanlah setahun jagung dalam bisnes dobi dan penghantaran pakaian. Beliau sudah pun bertapak di pelbagai lokasi seperti Puchong, Damansara, Subang dan Bandar Sunway. Jika anda tidak mempunyai mesin basuh di rumah, lagi-lagi golongan yang bujang, bolehlah hubungi Mama Jo sendiri pada pautan di bawah. Servis ini juga akan mengambil dan menghantar balik pakaian anda — anda tinggal bayar dan goyang kaki sahaja!

https://www.mamajo.com.my/Index.aspx#home

2. Kedai Runcit Nurhayati

Kawasan: TTDI, Petaling Jaya dan Kampung Sungai Penchala

Orang Kampung Sungai Penchala tahu betapa ‘legend’nya kedai Kak Yati ini. Ketika buying spree sebelum PKP tempoh hari, kedai Kak Yati mampu menampung permintaan penduduk Kampung Sungai Penchala dan juga TTDI — walaupun kedainya kecil berbanding dengan pasaraya lain. Kini, kedai Kak Yati juga ada buat servis penghantaran barang-barang keperluan untuk penduduk berdekatan.

https://www.facebook.com/pages/Kedai-Runcit-Nurhayati-Kg-Sg-Penchala/255977737774792

3. Matdespatch

Kawasan: Pelbagai

Nama ‘Matdespatch’ ini tidak ada kena mengena dengan filem popular era 90-an yang dibintangi Raja Azura dan Enot (mungkin kebetulan). Matdespatch merupakan sebuah aplikasi yang telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai ‘mat despatch’ yang bekerja secara freelance. Aplikasi ini membolehkan anda menghantar barang ke pelbagai tempat, malah anda juga boleh mengupah seorang ‘mat despatch’ untuk menolong anda dalam menguruskan hal-hal yang membabitkan servis penghantaran yang lain. Jika anda ingin cuba menghantar makanan berbuka puasa kepada jiran anda, bolehlah cuba!

https://matdespatch.com/my/

4. Kemudi Timur Elektronik

Kawasan: Kelantan

Mungkin ada sebab yang baik apabila Kemudi Timur Elektronik menerima skor 4.8/5 bintang di Facebook. Mengikut slogan-slogannya ‘Jimat Sokmo’ dan ‘Kedai Paling Sohor di Kelate’, syarikat ini terbukti sangat mesra dengan pelanggan di sekitar negeri Kelantan. Anda mahukan sebuah ketuhar mikro? Bolehlah hubungi mereka pada pautan di bawah:

https://www.facebook.com/ktesb/

5. Servis Penghantaran Barang Basah Segar Subang (mymarket2usubang)

Kawasan: Subang

Dahulunya, penduduk Subang pasti sudah biasa membeli barang basah di Pasar Moden SS15 (walaupun perlu melalui kesesakan trafik). Pada masa PKP ini, Subangites yang kempunan barang basah yang segar dan berkualiti bolehlah menggunakan Servis Penghantaran Barang Basah Segar Subang. Anda boleh tempah stok ikan merah, ikan bawal, isi ayam dan banyak lagi.

https://www.facebook.com/mymarket2uSubang/?ref=br_rs

6. Kesana Kesini Delivery

Kawasan: Perak

Hampir serupa dengan lagu remix kata-kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Kesana Kesini Delivery sedang gigih beroperasi agar anda boleh terus kekal di rumah. Khas buat warga Peghok,Kesana Kesini Delivery ini boleh menghantar bermacam-macam jenis makanan dan barang keperluan — bubble tea pun beres! Jika ada chor dan yong yang berminat untuk membeli juadah berbuka untuk keluarga, bolehlah hubungi deme di bawah!

https://www.facebook.com/KeSanaKeSiniDelivery/

Jika anda nak tau lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif kejiranan, anda bolehlah terus melayari media sosial kami.