e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Ramadhan

5 Juadah Bazar Ramadhan Yang Anda Boleh Masak Di Rumah

29 Apr 2020
  • Bazar Ramadan telah pun dibatalkan kerana faktor kesihatan dan keselamatan dalam memerangi wabak COVID-19
  • Siapa tahu buat Air Katira? Cuba sendiri resepi untuk juadah klasik bazar Ramadhan

Seperti yang anda sedia maklum, segala perancangan untuk bazar Ramadan telah pun dibatalkan kerana faktor kesihatan dan keselamatan dalam memerangi wabak COVID-19. Tapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh menikmati juadah-juadah bazar Ramadan ini. Kali ini kita tidak perlu menempuh lautan kereta dan manusia untuk membeli makanan untuk berbuka puasa -- anda juga boleh menyediakannya!

Ayam Percik

Ayam Percik boleh dikatakan antara tarikan utama di bazaar Ramadan, dan selalunya dijual di gerai-gerai berdekatan dengan pintu masuk. Jadi tidak hairanlah jika ramai dikalangan pengunjung bazaar beranggapan yang ayam percik ini dijual khusus di bulan Ramadan. Hakikatnya, ayam percik juga boleh dibuat di rumah menggunakan kuali di dapur anda.

  • 1 inci halia
  • 6 biji cili kering
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 cawan air
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu gula
  • 1 asam keping
  • 1 kotak santan
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • Ayam (mengikut citarasa masing-masing)

https://www.youtube.com/watch?v=vNPjLkZQWng

Murtabak Maggi

Selain ayam percik, murtabak juga merupakan juadah yang dirindui oleh para penggemar makanan. Bukan mudah untuk mencari restoran menghidangkan murtabak yang lazat dan murah, mungkin kerana proses menyediakannya bukan lah mudah lebih-lebih lagi murtabak kambing dan daging. Sebab itulah ramai yang memilih murtabak maggi sebagai alternatif kepada murtabak tradisional.

  • 2 paket mi segera
  • Daun bawang
  • Cili potong
  • Bawang merah
  • 2 biji telur

https://www.youtube.com/watch?v=ueUOv9FHHMk

Roti John

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu identiti Encik John dan asal usul Roti John yang sebenarnya. Walaubagaimanapun, Roti John sentiasa menjadi tarikan kepada para pengunjung pasar malam dan juga bazar Ramadan kerana keunikan resipinya yang seakan-akan gabungan roti telor dan juga burger. Penyediaan Roti John ini amatlah mudah, dan boleh disediakan untuk berbuka puasa.

  • 250g daging dicincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Garam
  • Lada sulah
  • Marjerin
  • 3 biji telur
  • 6 keping roti
  • Mayonis

https://www.youtube.com/watch?v=7-9uc5faUbQ

Air Katira

‘Air air air!’ antara jeritan dan nyanyian yang sering kita dengari di bazar Ramadan. Selang beberapa gerai makanan, gerai minuman akan selalunya menghidangkan pelbagai jenis jus buah, teh dan macam-macam lagi air berperisa dengan warna yang memukau mata. Salah satu minuman yang cukup popular bulan ini adalah Air Katira. Tapi apa itu Katira? Katira ini juga dikenali sebagai getah anggur kering, atau Katira Gum. Kalau tak pekena Air Katira bulan ini, tak lengkap lah!

  • 1.7 litre air
  • 300ml air pandan
  • 300g gula pasir
  • 13 biji badam yang dikisar
  • 1 sudu besar Katira yang direndam semalaman
  • 10 biji Kembang Semangkuk
  • 1 sudu besar biji selasih
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air gula batu
  • 1 cawan ais krim soda
  • 6-7 biji buah kurma
  • 1 sudu kismis
  • 1 mangkuk agar-agar

https://www.youtube.com/watch?v=aYmjckOiL5c

Nasi Mandi ‘Lamb Shank’

Kepada peminat makanan arab, semestinya nasi mandi ‘lamb shank’ Chef Ammar menggamit memori. Chef Ammar cukup popular dengan ‘persembahannya’ dalam menjual produk, dan juga kualiti nasi mandi ‘lamb shank’ masakannya yang setanding masakan di hotel. Mungkin tahun ini tiada lagi barisan yang panjang dihadapan gerai Chef Ammar tahun ini, tapi ini bukanlah bermaksud kita tak boleh menikmati masakan setanding itu tahun ini!

Lamb Shank

  • 2 sudu ghee
  • 2 sudu bawang putih
  • 1 1/2 bawang besar
  • 5 biji cili hijau
  • 4 biji cili padi
  • 3 1/2 sudu Mandi Spices
  • Air
  • 5 ketul lamb shank
  • 1 sudu smoke flavour
  • 2 sudu garam
  • 1/2 sudu saffron powder

Nasi Mandi

  • 2 sudu ghee
  • 18 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk kecil bawang besar
  • 1 mangkuk kecil cili hijau
  • 4 biji cili padi
  • 2 genggam kismis
  • 1 kilo beras basmati
  • 1 ½ jag air
  • 1 sudu rempah Mandi
  • 2 sudu garam

https://www.youtube.com/watch?v=ohWz9mR8OCU