e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
#ShopLokal

5 Tempat Makan di Johor yang Wajib Anda Cuba

22 Oct 2020
  • Nombor 5 memang legend!
  • Nak ke Johor? Jom baca senarai ini!

Sesetengah negeri di Malaysia memang dikenali ramai sebagai syurga makanan dan Johor pun tidak kurang hebatnya! Negeri di selatan tanah air ini mempunyai tarikan kulinarinya yang tersendiri.

Jika anda tercari-cari tempat makan menarik di Johor, di sini kami senaraikan beberapa pilihan yang boleh dicuba:

  1. Murtabak Majid Cheese

Sebut saja murtabak, mesti teringat bulan Ramadan. Sekiranya anda penggemar murtabak dan berkesempatan menjejakkan kaki ke kedai makan ini, anda boleh menikmati juadah ini setiap hari! Kedai ini menggabungkan resipi murtabak yang padat dengan daging bersama elemen western. Lelehan kejunya yang begitu memikat jiwa menyebabkan tempat ini sangat terkenal di kalangan warga Johor Bahru dan pengunjung dari Singapura.

image 1

Alamat: 38, Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor Bahru, Johor Tel: 012-756 3245

  1. Kacang Pool Haji

Mahu bersarapan di Johor? Haruslah singgah ke Kacang Pool Haji! Kacang pool merupakan menu sarapan pagi yang tidak asing lagi buat orang Johor. Berasal dari Timur Tengah, resipinya telah diubah mengikut cita rasa masyarakat tempatan. Kacang Pool Haji menghidangkan set kacang pool yang lengkap dengan telur mata, bawang, cili, limau kasturi dan roti bakar. Jangan lupa order kopi panas juga. Barulah ngam!

image 2 (1)

Alamat: 12, Jalan Dato Jaafar, Taman Dato Onn, Larkin 80350 Johor Bahru, Johor Tel: 013-737 7997

  1. Restoran ZZ Sup Tulang

Sup tulang di tempat lain amat berbeza dengan sup tulang di Johor Bahru. Restoran ZZ Sup Tulang menyajikan sup tulang Johor yang asli dan enak. Makanan di restoran ini telah disenaraikan antara makanan terbaik di Johor kerana bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya sangat segar dan saiz hidangannya pula agak besar. Pendek kata, memang berbaloi! Kepada yang kaki sup, bolehlah cuba sup gearbox mereka.

image 3

Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor Tel: 011-1056 7209

  1. Kedai Makanan Jadi Baru (Botak)

Mungkin negeri Melaka lebih sinonim dengan asam pedas tetapi Johor juga ada stail dan ramuan asam pedas yang unik. Kedai Makanan Jadi Baru (Botak) menyediakan asam pedas Johor yang anda wajib cuba, lagi-lagi jika anda pencinta masakan ini. Ia mendapat gelaran restoran asam pedas terbaik di Johor Bahru oleh pelancong dan penduduk di sana. Yang menariknya, anda juga boleh menjamah kelazatan asam pedas ikan bersama sepiring lala dan otak-otak.

image 4 (1)

Alamat: 145, Jalan Lumba Kuda, 80300 Johor Bahru, Malaysia Tel: 07-224 9225

  1. Kedai Makan Rahmat, Siakap Goreng

Restoran ini boleh dikira legend di Pasir Gudang. Para pemain bola sepak, pemimpin tempatan dan kerabat diraja pun pernah menjamu selera di sini. Menu makanan tengah hari yang disediakan terdiri daripada masakan Melayu seperti ikan goreng, sambal udang dan sebagainya. Pilihan menunya mungkin tidak banyak tetapi pengunjung masih sanggup datang ke sini hanya untuk menikmati lauk-pauk Melayu asli yang menyelerakan.

image 5

Alamat: 3, Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor Tel: 07-271 1770

Nak tau lebih banyak lagi kedai makan popular di Johor? Akak netizen ini juga ada menulis di Twitter tentang tempat makan kegemarannya di Batu Pahat.

Jom baca thread ini dan tonton video di bawah:

Teringin mencuba tempat makan yang best di kawasan anda? Kunjungi www.yellowpages.my. Sekarang anda boleh dapatkan maklumat terkini hanya di hujung jari saja!