e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Home Service Essentials

5 Tips Penting Jika Anda Mahu Berpindah Rumah

23 Jun 2020
  • Perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum pindah ke tempat baharu
  • Salah satu perkara yang anda perlu ambil kira adalah tentang komuniti setempat di kawasan rumah anda termasuklah latar belakang institusi sekolah, rukun tetangga dan macam-macam lagi struktur komuniti setempat.

Sudah bosan dengan kawasan rumah kediaman anda dan ingin mencari rumah baru? Rumah anda bukanlah sekadar tempat untuk berteduh ketika hujan dan kesejukan malam. Ia adalah ruang di mana anda dan keluarga anda akan mencipta pelbagai memori bersama. Jadi, rumah yang bakal anda pilih ini wajarlah memenuhi keperluan dan kehendak anda sebagai penghuni. Di sini kami akan kongsikan beberapa tips untuk membeli rumah bagi memudahkan urusan memilih serta penghijrahan ke rumah baru anda.

Sebelum anda memilih rumah baru, anda harus:

  1. Kenal pasti jenis rumah

Ada bermacam-macam jenis rumah yang anda boleh pertimbangkan. Jika anda mementingkan keselesaan dan ahli keluarga anda sudah bertambah, mungkin rumah teres atau Semi-D sesuai untuk anda. Ini kerana anda memerlukan ruang untuk setiap ahli keluarga anda atau private space yang penting untuk memperkukuhkan hubungan diantara satu sama lain. Ada anak-anak yang kecil? Mungkin anda perlu menyediakan ruang untuk mereka bermain dengan selamat agar mereka tidak berlegar-legar di tempat yang merbahaya seperti di dapur.

Moving Out 6[Insert Image 1]

Jika anda mahu berpindah seorang diri pula, sebuah apartmen dengan kelengkapan asas sudah memadai. Ini semua terpulang kepada citarasa anda.

  1. Kenal pasti lokasi dan suasana

Bagi ahli kelab suka-buat-hal-sendiri, sebuah kondominium atau apartmen yang tenang, jauh dari hiruk-pikuk kota merupakan sebuah rumah idaman buat mereka ini. Dan plus point jika rumah anda berhampiran dengan stesen LRT atau mempunyai akses ke perkhidmatan pengangkutan awam.

Moving Out 2[Insert Image 2]

Sebab itulah pentingnya untuk mengambil kira faktor lokasi dalam pemilihan rumah. Jika tidak, siap sedia untuk menempuh kesesakan jalan raya semasa di dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja (tiap-tiap hari pula tu!).

Pastikan rumah yang baru ini akan menyenangkan hidup anda, dan bukan hanya berpindah kerana stail semata-mata.

  1. Komuniti setempat dan institusi masyarakat seperti sekolah

Komuniti rukun tetangga merupakan tulang belakang sesebuah masyarakat, dan jika komuniti tersebut tidak berganding bahu menjaga kebajikan mereka bersama, banyak halangan yang terpaksa dihadapi oleh komuniti tersebut. Perubahan yang anda akan hadapi jika anda berpindah tempat tinggal bukan sahaja lingkungan kompaun rumah anda – tetapi perubahan dari aspek komuniti juga.

Kaji sedikit tentang komuniti setempat di kawasan rumah anda termasuklah latar belakang institusi sekolah, rukun tetangga dan macam-macam lagi struktur komuniti setempat.

Bagi ibubapa yang berniat untuk membesarkan anak-anak kecil di kawasan yang baru, anda perlu lebih peka tentang persekitaran kejiranan anda bagi menjamin masa depan anak-anak kecil tersebut.

  1. Keselamatan dan Kesihatan

Faktor keselamatan dan kesihatan juga adalah antara aspek yang penting dalam pemilihan rumah. Pertamanya, rumah anda perlulah selamat untuk didiami dan tidak terdedah kepada elemen-elemen yang merbahaya seperti binatang buas atau tanah runtuh. Sistem pengudaraan di rumah juga perlu tip-top supaya proses memasak lauk serta goreng-gorengan untuk makan malam tidaklah dicemari oleh kepulan asap.

Untuk yang berminat untuk menyewa atau membeli unit apartmen pula, pastikan pihak pengurusan apartmen anda dilengkapi dengan inisiatif keselamatan seperti pemasangan CCTV, rondaan pasukan keselamatan dan juga pengawalan kelaur masuk pelawat di pintu masuk kompaun. Inisiatif-inisiatif ini dapat mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam kompaun apartmen dan memastikan anda sekeluarga sentiasa dilindungi.

Jangan lupa juga faktor kesihatan. Jika anda sudah lock down unit rumah yang anda inginkan, pastikan anda tahu di mana lokasi hospital atau klinik di kawasan rumah baru anda tersebut. Anda boleh mengelakkan suasana panik ketika berlaku kecemasan.

  1. Kemudahan

Bila aspek keselamatan dan kesihatan dititikberatkan, barulah anda boleh memikirkan tentang kemudahan-kemudahan yang anda boleh gunakan di sekitar kawasan rumah anda. Untuk penghuni unit kondominium; kemudahan seperti gim, kolam renang dan sauna itu semestinya kemewahan yang boleh dinikmati jika anda berkemampuan. Pastikan juga kemudahan-kemudahan penting yang lain seperti lif, ruang parkir OKU, dan sekuriti keselamatan ini tersedia di kondominium baru anda nanti.

Jika anda berminat dengan rumah teres pula, mungkin anda perlu meninjau dahulu suasana kemudahan awam yang berdekatan seperti trek jogging dan taman permainan bagi kanak-kanak.

Setelah anda sudah memilih rumah anda, janganlah lupa untuk ‘merasmikan’ rumah baru tersebut dengan majlis membaca doa (bagi yang beragama Islam) ataupun majlis makan-makan untuk mengenali jiran-jiran baru anda. Harap tips kami berguna untuk anda!