e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Penghantaran

6 Servis Penghantaran Lokal Yang Menghantar Terus Ke Rumah Anda

16 May 2020
  • Teringin ikan bawal? Order je!
  • Senarai servis penghantaran yang boleh membantu anda menguruskan hal berkaitan dengan rumah anda

Anda terpaksa terus kekal di rumah atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak anda pula mengidam ayam masak lemak cili api - tapi bahan-bahannnya tidak cukup dan jiran sebelah pun tidak cukup stok untuk menghulurkan anda bantuan. Pada masa yang sama, mesin basuh anda rosak, dan bertimbun sudah pakaian yang kotor. Cukup jelas fasa ini sangat mencabar untuk kita yang berada di rumah.

Jadi kita menngambil kesempatan ini untuk meringankan beban anda dengan senarai servis penghantaran yang boleh membantu anda menguruskan hal berkaitan dengan rumah anda. Dah dapat tips tu, share lah di group Whatsapp jiran tetangga!

1. Mama Jo’s Launderette

Kawasan: Selangor dan Kuala Lumpur

Mama Jo ini bukanlah setahun jagung dalam bisnes dobi dan penghantaran pakaian. Beliau sudah pun bertapak di pelbagai lokasi seperti Puchong, Damansara, Subang dan Bandar Sunway. Jika anda tidak mempunyai sebuah mesin basuh dirumah, lagi-lagi kepada golongan yang bujang, bolehlah contact Mama Jo sendiri pada link yang disertakan di bawah. Mereka juga akan pickup dan menghantar balik pakaian anda -- jadi anda tinggal bayar dan goyang kaki sahaja! https://www.mamajo.com.my/Index.aspx#home

2. Kedai Runcit Nurhayati

Kawasan: TTDI, Petaling Jaya dan Kampung Sungai Penchala

Orang Kampung Sungai Penchala tahu betapa ‘legendnya’ kedai Kak Yati ini. Ketika buying spree sebelum PKP tempoh hari, kedai Kak Yati ini mampu menampung permintaan penduduk Kampung Sungai Penchala dan juga TTDI – walaupun kedainya kecil berbanding dengan pasaraya lain. Kini, kedai Kak Jati juga ada buat servis penghantaran barang-barang keperluan untuk penduduk berdekatan.

https://www.facebook.com/pages/Kedai-Runcit-Nurhayati-Kg-Sg-Penchala/255977737774792

Kedai Runcit Hayati

Source: Azrul Shah Mohd Isa

3. Matdespatch

Kawasan: Pelbagai

Nama ‘Matdespatch’ ini tidak ada kena mengena dengan filem popular era 90an yang dibintangi Raja Azura dan Enot (mungkin kebetulan). Matdespatch merupakan sebuah aplikasi yang telah memberi peluang pekerjaan kepada ramai ‘matdespatch’ yang bekerja freelance. Aplikasi ini boleh menghantar barang ke pelbagai tempat, malah anda juga boleh mengupah seorang matdespatch untuk menolong anda dalam menguruskan hal-hal yang membabitkan servis penghantaran yang lain. Jika anda ingin cuba menghantar makanan berbuka puasa kepada jiran anda, boleh la cuba!

https://matdespatch.com/my/

Matdespatch

Source: Matdespatch

4. Kemudi Timur Elektronik

Kawasan: Kelantan

Mungkin ada sebab yang baik apabila Kemudi Timur Eletronik menerima skoran 4.8/5 bintang di Facebook. Mengikut slogan-slogannya ‘Jimat Sokmo’ dan ‘Kedai Paling Soho di Kelate’, syarikat ini terbukti sangat mesra dengan pelanggan sekitar kawasan negeri Kelantan. Anda mahukan sebuah ketuhar mikro? Boleh lah hubungi mereka pada pautan dibawah:

https://www.facebook.com/ktesb/

5. Servis Penghantaran Barang Basah Segar Subang (mymarket2usubang)

Kawasan: Subang

Dahulunya, penduduk Subang pasti sudah biasa membeli barang basah di Pasar Moden SS15 (walaupun perlu melalui kesesakan trafik). Pada masa PKP ini, Subangites yang kempunan barang basah yang segar dan berkualiti bolehlah menggunakan Servis Penghantaran Barang Basah Segar Subang. Anda boleh tempah stok ikan merah, bawal, isi ayam dan banyak lagi.

https://www.facebook.com/mymarket2uSubang/?ref=br_rs

Servis Penghantaran Barang Basah Segar Subang

Source: Servis Penghantaran Barang Basah Segar Subang

6. Kesana Kesini Delivery

Kawasan: Perak

Hampir serupa dengan lagu remix kata-kata Perdana Menteri Muhyiddn Yassin, Kesana Kesini Delivery sedang gigih beroperasi agar anda boleh terus kekal di rumah. Khas buat warga Peghok, Kesana Kesini Delivery ini boleh menghantar bermacam-macam jenis makanan dan barang keperluan -- bubble tea pun beres! Jika ada chor dan yong yang berminat untuk membeli juadah berbuka untuk keluarga, bolehlah hubungi deme dibawah!

https://www.facebook.com/KeSanaKeSiniDelivery/

Jika anda nak tau lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif kejiranan, anda bolehlah terus melayari pengisian kami di www.jiran.com.my