e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Ramadhan

7 Bazar Ramadan Online Yang Anda Harus Cuba Tahun Ini

30 Apr 2020
  • Pelbagai inisiatif dan projek atas talian yang mampu membawakan anda juadah-juadah kegemaran anda untuk berbuka puasa
  • Senarai beberapa projek e-bazar ini khas buat pengunjung bazar Ramadan yang merindui suasana bazar

Plats.com.my

Plats

Plats.com.my merupakan inisiatif kedua kerajaan Selangor yang telah mengumpulkan lebih 60 restoran khas untuk penggemar juadah bazar Ramadan dalam satu laman. Inisiatif ini juga menyediakan 77 pusat pengumpulan meliputi 10 dewan seliaan agar permintaan orang ramai dapat ditunaikan.

Delivereat (Penang area)

Delivereat

Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan tarikan kulinarinya – dan jangan risau! Delivereat tampil di saat anda memerlukan! Delivereat merupakan sebuah perkhidmatan e-hailling yang menyediakan platform buat peniaga-peniaga makanan untuk meneruskan perniagaan mereka di bulan Ramadan.

Delivreat The Star Online

Source: The Star Online

Fashion Valet

Fashion Valet

Siapa yang tidak kenal dengan Fashion Valet kan? Syarikat milik usahawan muda fesyen Vivy Yusof ini memang giat menganjurkan program-program amal. Kali ini, Fashion Valet mewujudkan sebuah platform bazar Ramadan atas talian untuk peniaga-peniaga kecil, dengan bermacam-macam jenis juadah dan juga produk yang boleh dinikmati.

Bazaar Cod Bazar Cod FB

Source: Bazaar Cod

Bazaarcod oleh Mawar Rashid

Bazaarcod

Selalunya penjual barang-barang atas talian saja yang menggunakan terma COD (cash on delivery), tapi kali ini bazar pun ada! Mawar Rashid, seorang pelakon dan usahawan terkenal, menyediakan sebuah ruang untuk peminat-peminat bazar Ramadan membuat tempahan makanan di kawasan-kawasan yang terpilih.

Bazar Ramadan Subang Jaya

Bazar Ramadan Subang Jaya

Jika anda di Subang Jaya, pasti anda rindukan bazar USJ 4, nyanyian dan sahutan Chef Ammar dan juga Sotong Bakar Morib. Mungkin kali ini pilihan juadahnya sedikit berbeza, tapi produk-produk seperti sate, chicken chop - dan burger pun ada!

Bazar Ramadan Shah Alam

Bazar Ramadan Shah Alam

Bazar Ramadan Shah Alam yang cukup dikenali dengan tapak yang luas (juga digunakan untuk pasar tani) juga boleh didapati di atas talian. Makanan seperti Roti John, kuih tepung pelita dan popia carbonara boleh dibeli pada link dibawah:

Iftar4u by Moovby

Moovby

Moovby, sebuah aplikasi perkongsian kenderaan, telah melancarkan sebuah laman khas untuk membeli juadah iftar anda. Diberi nama ‘Iftar4u’, laman khusus ini membawakan pilihan yang menarik termasuklah laksa penang dan ayam penyet!