e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Adipati Bertiga: Bukan Kelab Motosikal Biasa

28 Oct 2020
  • Hobi menjadi landasan untuk mencurah bakti
  • Vroom vroom sambil beramal!

Bila kita berbicara tentang kelab motosikal, mesti anda terbayangkan konvoi penunggang motosikal yang pelbagai jenis, menghiasi lebuh raya dengan kehebatan kenderaan masing-masing. Dari sudut pop culture, kelab motosikal ini sinonim dengan kumpulan Hells Angels atau One Percenters dari Amerika Syarikat. Malah geng bikers turut ditampilkan sebagai watak utama dalam drama bersiri tersohor Sons of Anarchy. Kelab motosikal kini sudah menjadi trend gaya hidup yang ramai pengikutnya. Ada juga pencinta motosikal yang menganjurkan acara networking yang melibatkan ahli kelab.

image 1

Budaya kelab motosikal selalunya dikaitkan dengan ciri-ciri maskulin, motosikal berkuasa tinggi dan aliran fesyen yang tersendiri seperti pemakaian jaket kulit. Bagi Adipati Bertiga, minat yang mendalam terhadap aktiviti bermotosikal bukan sekadar berpunca daripada tarikan estetik semata-mata. Mereka menggunakan kegemaran masa lapang ini sebagai landasan untuk beramal.

image 2

Adipati Bertiga merupakan kelab motosikal yang berpusat di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dilaksanakan, ahli-ahli kelab ini melihat situasi tersebut sebagai peluang untuk membantu golongan yang memerlukan.

image 3

image 4

Sebelum wabak COVID-19 melanda, Adipati Bertiga hanyalah sekumpulan sahabat yang kerap menganjurkan konvoi ke lokasi yang tertentu dan sering bertemu untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Tetapi semenjak PKP berlangsung, mereka telah membantu pelbagai pihak termasuklah petugas-petugas hospital, anggota tentera, polis, golongan gelandangan dan juga pelajar-pelajar yang dilanda musibah baru-baru ini.

image 5

image 6

Itulah pentingnya hobi dalam kehidupan seharian. Selain mengisi masa lapang, hobi juga dapat mendorong kita untuk saling tolong-menolong sesama insan, contohnya melalui aktiviti-aktiviti amal yang dilakukan oleh Adipati Bertiga. Jom tonton kisah penuh inspirasi ini:

Apa kata anda? Adakah anda juga mempunyai hobi yang boleh membantu orang lain seperti wira-wira Adipati Bertiga ini? Kongsikan dengan kami di Instagram @kitajiran!