e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Alamak! Disebabkan ‘Spender’, Jiran Tetangga Bergaduh

06 Nov 2020
  • Siapa pernah lalui pengalaman yang sama?
  • Pasal seluar dalam pun boleh jadi isu

Dalam kehidupan seharian kita, pasti ada pengalaman lucu yang melibatkan jiran tetangga. Situasi yang menggelikan hati atau momen yang awkward mesti menjadi perbualan ramai di kawasan kejiranan kita dan berlanjutan hingga beberapa minggu. Itulah realiti hidup berjiran.

Nak dijadikan cerita...

Baru-baru ini, seorang netizen bernama @thezulfo telah memuat naik sebuah tweet yang mencuit hati.

image-1

Kisahnya bermula apabila mangsa keadaan, pemilik rumah A menerima ‘hadiah istimewa’ yang terbang ke unitnya iaitu dua pasang seluar dalam terpakai berwarna-warni. Mangsa menyangkakan bahawa ‘hadiah’ tersebut dihantar oleh pemilik rumah B, sebuah lagi unit di kawasan yang sama. Kemudiannya, beliau memulangkan semula seluar tersebut ke peti surat rumah B bersama ‘surat cinta’ yang kurang mesra.

image 2

Pembaca yang mengikuti cerita ini dikejutkan pula dengan respons pemilik unit rumah B yang mengatakan seluar dalam tersebut bukan milik mereka dan mangsa tidak seharusnya menuduh mereka berdasarkan andaian semata-mata. Setelah yang dituduh memuat naik reaksinya, isu ini menjadi satu misteri kepada penduduk di kawasan tersebut. Siapakah pemilik sebenar seluar dalam itu? Bagaimanakah ia dapat ‘terbang’ ke unit rumah A?

image-3

Tidak lama selepas itu, misteri ‘spender’ terbang ini pun terungkai selepas pemilik seluar dalam tersebut tampil memberi penjelasan dengan meletakkan nota di peti surat milik mangsa. Menurut pemiliknya, seluar dalam tersebut hilang ketika dijemur dan mungkin terbang ditiup angin kuat sehingga melayang ke unit rumah A. Beliau memohon maaf kepada pihak mangsa dan yang tertuduh atas apa yang berlaku serta ingin mendamaikan semua yang terlibat. Mereka dijemput datang ke rumahnya untuk menjamah hidangan ayam goreng KFC.

Tweet ini menjadi perbualan hangat di Twitter. Kini, ia telah meraih sebanyak lebih 18,000 retweet dan ratusan komen daripada netizen. #MudahTerhibur dengan cerita-cerita lucu seperti ini, kan?

Apa yang penting, semangat kejiranan perlu dipelihara. Perselisihan kecil memang lumrah hidup berkomuniti, tapi ia tidaklah bermaksud kita harus kekal bersengketa. Mungkin sepinggan ayam goreng, sebekas puding roti ataupun sekotak limau mandarin boleh meredakan keadaan dan melembutkan hati pihak yang sedang marah. Sama-samalah buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak mustahil juga insiden sebegini menjadi titik permulaan sebuah persahabatan yang boleh dibawa ke akhir hayat.

Barangkali ada di antara anda yang pernah mengalami situasi yang lebih kurang serupa. Jom kongsikan dengan kami di Instagram dan Facebook @kitajiran!