e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Bekas Pereka Grafik Tinggalkan Kota untuk Mulakan Hidup Baru

04 Sep 2020
  • Tiada lagi yang bersuara, “Can you make the logo bigger?”
  • Dulu pereka grafik, kini petani moden? Not bad!

Kita selalu terdengar cerita tokoh-tokoh korporat yang meninggalkan profesion mereka demi kehidupan yang lebih tenang ataupun the simpler life bak kata orang barat. Selalunya mereka ini sudah mulai bosan dengan kesibukan alam perniagaan dan ingin mencari gaya hidup alternatif yang sesuai dengan jiwa mereka.

Bagi Nuraishah Shamsuddin, seorang bekas pereka grafik, melompat keluar dari dunia korporat adalah pilihan yang terbaik untuk dirinya.

Kepada yang kurang arif dengan skop kerja pereka grafik, mereka bertanggungjawab untuk menghasilkan bahan visual buat sesebuah syarikat atau jenama. Kerjaya ini mungkin nampak mudah, tetapi kajian, eksperimentasi, pemerhatian dan pelaksanaan (execution) yang perlu dilakukan untuk mencipta sesuatu grafik itu boleh memakan masa yang lama.

image 2

“Pada ketika ini, saya tidak peduli lagi jika semua syarikat menolak permohonan kerja saya. Tetapi jika saya dapat, saya sangat bersyukur. Buat masa ini, saya akan menghabiskan setiap minit yang saya ada di kebun saya. Siapa tahu suatu hari nanti saya akan mempunyai pekerja sendiri,” kata Nuraishah.

Dahulu, aktiviti menanam sayuran atau buah-buahan di keliling rumah atau dusun sendiri memang menjadi norma di kawasan kampung; sebab itulah ramai di antara kita yang berpeluang menikmati hasil tanaman datuk atau nenek kita yang sentiasa segar. Meskipun cara hidup kita sudah berubah, budaya farm-to-table ini wajar dipraktikkan semula.

Bukan sahaja hasil tanaman itu segar, kita juga tidak perlu risau tentang racun serangga dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan oleh sesetengah pengeluar. Selamat untuk santapan seisi keluarga. Kalau ada lebih, boleh hulurkan kepada jiran sebelah!

image 3

Menurut Nuraishah juga, beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg sejak mengusahakan kebunnya sendiri. Itulah hasilnya jika anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan bercucuk tanam dan menggunakan hasil tani sendiri dalam masakan anda.

Nuraishah menggunakan platform dalam talian untuk menjual tanamannya kepada penggemar sayur-sayuran. Media sosial banyak membantu Nuraishah mempromosikan produk pertanian beliau kepada orang awam. Jika dahulunya Nuraishah sering menyiarkan gambar-gambar percutian, kini beliau lebih banyak berkongsi ilmu tentang berkebun.

image 4

Thread Twitter tersebut mendapat ribuan retweet dan like yang membuatkan cerita Nuraishah tular seketika. Majoritinya memberikan respons yang sangat positif terhadap thread tersebut yang diserikan lagi dengan kehadiran rakan karib beliau, Copot.

Kisah Nuraishah juga menjadi inspirasi kepada golongan urban yang mahu cuba berkebun di kawasan rumah mereka. Walaupun tiada tanah yang luas untuk tanam-menanam, ada di antara mereka yang menggunakan ruang yang sedia ada seperti balkoni.

Cuba bayangkan jika lebih ramai daripada kita yang mula berkebun semula seperti generasi terdahulu? Bolehlah bertukar-tukar sayur sesama jiran! Hari ini saya bagi petola, esok anda berikan cili padi pula. Baru best!

image 5

Jika anda seorang pekebun kecil yang berhasrat untuk memasarkan produk anda secara online, sila roger-roger kami di yellowpages.my.