Ramadhan adalah bulan yang sempurna bukan sahaja untuk kita menunaikan ibadah puasa, tetapi untuk bersedekah juga. Krisis wabak COVID-19 ini telah menyebabkan sumber pendapatan ramai rakyat Malaysia terjejas, jadi inilah peluang anda untuk memberi sumbangan dalam bulan yang penuh rahmat ini.
Berikut adalah antara badan-badan sumbangan yang boleh anda bantu:
FKPB atau nama panjangnya Federasi Kebangsaan Pekerja Belia berganding bahu dengan beberapa lagi pihak seperti Syed Azmi untuk memberi bantuan kepada golongan gelandangan, HIV dan bekas banduan:
IMARET (Persatuan Perubatan Islam Malaysia) bukanlah nama asing dalam hal penyaluran bantuan. Sejak 2014, mereka sudah giat menjalani operasi untuk meringankan beban golongan Bajau Laut, pelarian Rohingya dan sebagainya.
Initiatif Kembara Kitchen ini mengambil peluang untuk membekalkan sahur untuk pegawai-pegawai di barisan hadapan seperti anggota polis dan tentera yang tidak berkesempatan untuk menyediakan sahur untuk diri masing-masing.
Jikan anda pernah menjamu selera di restoran makanan cina muslim Mohd Chan, kemungkinan besar anda sudah pernah dengar akan pertubuhan ini. Pemilik restoran tersebut, Mohd Chan, memang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan beliau dan di musim COVID-19 ini, beliau meneruskan inisiatif ini untuk membekalkan makanan kepada yang memerlukan.
Bersama slogan ‘Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’, KitafundMY memang cukup aktif dalam menyalurkan sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan. Baru-baru ini, mereka juga berkolaborasi bersama Dato Siti Nurhaliza untuk mengutip dana bagi warga yang kurang bernasib baik. Jadi jika anda was-was, ‘percayalah’, KitafundMY ini adalah dana yang sahih!
Kumpulan Sedunia telah pun bekerjasama dengan Shaq Koyok, KUASA: Persatuan Aktivis Sahabat Alam, ABIM, Gerimis dan pelbagai lagi pihak untuk menyalurkan bantuan kepada warga orang asli di Malaysia. Setakat ini, mereka sudah pun menolong lebih 30,000 keluarga orang asli!
Anda pasti kenal Harith Iskander kan? Beliau bersama syarikat milik beliau Joke Factory, yang juga mempunyai sebuah pusat komedi dan kafe di Publika, telah memulakan inisiatif bernama The Hope Branch di mana anda boleh memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit.
AWAM Malaysia, atau lebih dikenali sebagai All Women’s Action Society memang terkenal dengan sumbangan mereka kepada golongan wanita, khususnya golongan ibu tunggal, wanita kurang upaya dan mangsa keganasan rumah tangga. Kali ini, AWAM Malaysia mengumpulkan dana untuk tuala wanita bagi wanita-wanita yang kurang berkemampuan.