e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

"Bila Ayah Tiada, Semua Ini Awak Punya" Luahan Ayah Membuat Netizen Tersentuh

23 Sep 2020
  • Siapa yang potong bawang ini?!
  • Sanggup tak berkorban macam ni?

Imej muka depan oleh Geng Kotak

Tiada seorang pun di dunia ini yang mahu hidup susah, tetapi daripada kepayahan inilah kita dapat belajar cara-cara untuk meraih kejayaan. Kecekalan menangani dugaan hidup tidak boleh dipelajari menerusi mana-mana buku teks. Setiap cabaran yang kita hadapi berperanan sebagai ‘guru’ yang mempersiapkan diri kita untuk lebih kuat dan tabah di masa yang akan datang.

Kita semua pernah merasa susah, jadi tidak hairanlah bila kisah tentang seorang ayah menjadi viral selepas beliau memuat naik satu posting di halaman media sosial.

Ini merupakan amanat beliau sebagai seorang bapa dan ketua keluarga untuk memastikan anaknya bersedia memikul tanggungjawab dan mengambil alih tugas beliau di kala dirinya sudah tiada kelak. Sebagai persiapan menghadapi situasi tersebut, ayah ini membawa anaknya bekerja bersamanya.

image 2 Imej oleh Geng Kotak

Dalam mengharungi kegawatan ekonomi, mungkin agak sukar bagi segelintir ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak, contohnya ibu bapa yang berniaga ataupun bekerja hingga lewat malam. Ramai juga netizen yang memuji anak lelaki tersebut yang sanggup mengikut bapanya bekerja.

image 3 Imej oleh Fizz One

image 4 Imej oleh Cerap

image 5 Imej oleh Eb

Ada juga di antara netizen yang berminat dengan kenderaan yang beliau naiki yang dianggap rare pada masa kini.

image 6 Imej oleh Geng Kotak

Bagi golongan anak muda di luar sana, sanggupkah anda melakukan perkara yang sama? Sanggupkah anda berkorban demi keluarga anda dan belajar erti kesusahan di usia muda?

image 7 Imej oleh Geng Kotak

Untuk lebih banyak lagi cerita seperti ini, ikuti kami di Facebook dan Instagram. Nak cari barang unik atau lori ‘kasut’? Bolehlah cuba khidmat yellowpages.my!