e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Raya 2020

Cara-cara menyambut Hari Raya dibawah arahan PKP

22 May 2020
  • Hari Lebaran kini tiba!
  • Menyambut Hari Raya dibawah arahan PKP

Waktu seperti ini, mak-mak pasti sedang sibuk menyediakan rendang dan ketupat. Kaum lelaki pula sedang bakar lemang atau mengacau dodol. Mungkin tahun ini, aidilfitri tidaklah seperti tahun-tahun yang lepas. Ramai yang dari perantauan tidak boleh pulang ke pangkuan keluarga - tapi ini bukanlah satu halangan besar untuk kita semua menghayati maksud sebenar perayaan ini.

Aidilfitri tetap akan menjadi simbol kemenangan bagi umat islam setelah sebulan berpuasa. Jadi, usahlah resah tentang halangan yang menimpa. Jika kita mahu, pasti ada jalan (asalkan selamat, ya!).

  1. Pagi Raya Video Call

Kepada yang berjauhan dari yang tersayang, mungkin tahun ini tiada lagi sarapan hari raya bersama keluarga. Jadi kita gantikan rutin tersebut dengan video call di pagi raya melalui aplikasi-aplikasi seperti Zoom dan Skype.

Raya Image 1

Aplikasi seperti Zoom bukan saja boleh menghubungkan anda bersama keluarga anda, malah anda juga boleh menukar ‘suasana’ raya anda melalui variasi latar belakang Zoom. Raya di Jepun boleh, Mesir boleh, asalkan bersama keluarga!

  1. Bila berkunjung ke rumah keluarga: Elakkan bersalaman

Sesi salam-bersalaman di pagi raya aidilfitri antara aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh para muslimin di Malaysia. Disebabkan etika berdepan dengan wabak COVID-19, harap kita dapat elakkanlah bersalaman sesama kita atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Raya Image 2

Walaubagaimanapun, kemaafan bukanlah hanya dapat diperoleh eksklusif dari perjabatan tangan di hari lebaran. Yang penting hanyalah keredhaan yang datang dari hati yang ikhlas, di mana saja anda berada.

  1. Duit raya melalui E-Wallet

Tahun-tahun yang lepas, macam-macam jenis gaya sampul duit raya yang boleh didapati di pasaran. Yang boleh jadi kalendar pun ada!

Raya Image 3

Dengan kurangnya kedatangan tetamu ke halaman kita, tahun ini kita boleh lupakan sebentar gaya rupa sampul duit raya yang glamer, dan hantarkan duit raya melalui E-Wallet. Ada bermacam-macam jenis E-wallet yang anda boleh gunakan, dan semuanya dihujung jari sahaja.

Jadi tiadalah sesi masukkan duit raya kedalam sampul yang buatkan kita sakit belakang!

  1. Biar ‘leceh’ asal selamat

Perayaan aidilfitri itu penting, tapi yang lagi penting adalah memastikan bahawa kita akan merayakan lagi perayaan ini di tahun-tahun akan datang. Dengan itu, haruslah kita membersihkan dan membasmi kuman di rumah kita agar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan kepada pengunjung-pengunjung.

Jika ada yang berkunjung, pastikan beberapa botol hand sanitizer di depan pintu disediakan. Kalau rajin, belilah termometer elektronik!

  1. Raikan bersama jiran-jiran

Ramai yang mengambil kesempatan untuk merentas negeri walaupun sudah diberi peringatan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nasihat kami adalah: raikanlah aidilfitri ini bersama jiran-jiran anda. Inilah masa yang sempurna untuk kita saling kenal mengenali antara jiran-jiran yang dekat dengan kita.

Raya Image 4

Waktu ini jugalah waktu yang sesuai untuk memohon maaf kepada jiran-jiran anda jika anda ada ‘tertarik’ muka, ‘terparking’ depan kereta mereka dan macam-macam lagi perbuatan kita yang mungkin telah menyinggung perasaan mereka. Kerana merekalah juga keluarga yang sangat dekat dengan kita walau tiada pertalian darah.

Kami di Jiran ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!