e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Dari Wakaf Bharu ke Kuala Lumpur: Kembara Menaiki Kereta Api

31 Oct 2020
  • Pengalaman dikongsi oleh netizen
  • Boleh cuba ni!

Malaysia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan yang membolehkan kita melancong ke mana-mana saja. Walaupun industri pengangkutan udara kini terjejas akibat wabak COVID-19, rakyat Malaysia masih mempunyai pilihan lain seperti perkhidmatan bas dan kereta api untuk mengunjungi destinasi dalam negara.

Bagi peminat kereta api, pasti anda pernah terbayangkan pengembaraan ala cross-country merentasi Eropah, ataupun babak menarik dalam kereta api yang menuju ke Hogwarts seperti yang digambarkan dalam filem Harry Potter. Drama Korea popular Crash Landing on You juga meromantisasikan perjalanan kereta api dengan sketsa yang memang mencuit hati.

Kemudahan perkhidmatan kereta api di Malaysia boleh merealisasikan angan-angan sebegini dan memberi peluang untuk kita menerokai keindahan tanah air bersama rakan-rakan dan keluarga. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @twinnourla telah menceritakan pengalamannya menggunakan khidmat Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Wakaf Bharu hinggalah ke Kuala Lumpur.

image 2

Beliau membeli tiket KTM Superior Night Class yang menawarkan kabin yang dilengkapi katil di sebelah tingkap untuk para penumpang menikmati pemandangan dengan penuh selesa. Netizen tersebut menggunakan kesempatan yang ada untuk mengambil gambar kehijauan alam yang indah pada waktu subuh.

Kepada yang belum tahu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali utama perkhidmatan kereta api di Semenanjung Malaysia. Sejarahnya bermula sejak era penjajahan British lagi, ketika laluan kereta api dibina bagi mengangkut timah dan mineral lain dari lombong ke pelabuhan.

image 3 Imej oleh KTMB

KTMB pada mulanya dikenali sebagai ‘Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu’. Namanya diubah kepada versi yang dikenali sekarang pada tahun 1962. Syarikat ini masih berdiri teguh dan telah banyak menabur bakti kepada rakyat Malaysia, dengan perkhidmatan di lebih 100 stesen di Semenanjung Malaysia dan rangkaian landasan kereta api sepanjang 1,677 kilometer.

image 4

Setakat ini, seperti yang dilaporkan oleh netizen di atas, KTMB belum lagi menyediakan pilihan perjalanan terus dari Wakaf Bharu hingga ke KL Sentral. Jadi, beliau terpaksa membeli satu lagi tiket kereta api untuk perjalanan dari Gemas kerana lokasi tersebut menawarkan laluan pecahan untuk ke Kuala Lumpur.

Kereta api yang akhirnya membawa beliau pulang ke ibu negara adalah Perkhidmatan Tren Elektrik atau ETS (Electric Train Service) yang merupakan perkhidmatan kereta api tolok meter yang bukan sahaja terpantas di Malaysia, malah di seluruh dunia!

image 5

Jika anda pernah menaiki ETS, anda tentu tahu betapa selesanya koc yang disediakan. Dengan adanya kafe dan surau, ETS sentiasa menjadi pilihan ramai — lebih-lebih lagi buat warga Negeri Sembilan dan Perak yang bekerja di Kuala Lumpur.

Suka kongsikan kisah seperti ini di laman sosial? Ceritakan pengalaman anda menaiki kereta api kepada kami di IG @kitajiran hari ini juga!