e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Ramadhan

Dua Anak Sarawak Bina Komuniti Untuk Penduduk Setempat

20 May 2020
  • Tiada tapak? Tiada masalah
  • Dua Anak Sarawak Bina Komuniti Untuk Penduduk Setempat

Selalunya bila Ramadan tiba, antara tarikannya di kalangan warga komuniti di Malaysia adalah bazar Ramadan: bazar yang menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Memandangkan prosedur PKP yang melarang sama sekali apa-apa jenis majlis keramaian, maka operasi bazar Ramadan tidak dapat diteruskan seperti biasa, di seluruh negara.

Beberapa jejaka dari Sarawak ini, amat gemarkan juadah berbuka puasa dari bazar Ramadan di kawasan kejiranan mereka, tetapi terkilan bila mengetahui bahawa bazar-bazar ini tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa di Sarawak. Justeru itu Razio Crunch, Nizam Khalyd dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk membuka bazar Ramadan online melalui Facebook Group untuk warga Kuching dan Samarahan.

Menurut posting Razio Crunch, yang merupakan salah satu admin kumpulan Bazar Ramadhan Online Sarawakku Sayang (BROSS), kumpulan ini berjaya memperoleh 44,000 pengikut selepas hanya 11 hari beroperasi. Kini, Bazar Ramadhan Online Sarawakku Sayang mengumpulkan lebih 63,000 pengikut yang merangkumi penjual juadah berbuka puasa dan penggemar makanan di sekitar Kuching dan Samarahan.

Yang menariknya tentang bazar ini adalah variasi makanan yang boleh ditempah. Dari makanan jati Sarawak hinggalah ke makanan trending Indonesia seperti ayam geprek dan macam-macam lagi. Anda harus check out group Facebook ini, lebih-lbih lagi jika anda berada di kawasan Kuching dan Samarahan!

Sebelum itu, tontonilah video di bawah untuk ketahui cerita mereka dengan lebih mendalam: