e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Gebunya: Roti Pak Cik di R&R Sungai Buloh Mendapat Sambutan Hangat

20 Oct 2020
  • Banyak pilihan menarik!
  • Hasil air tangan isteri jadi kebanggaan

Saat menjejakkan kaki ke bakeri, sudah pasti kita disambut dengan aroma roti yang sedang dibakar. Kita tentu terliur melihat bermacam-macam pastri dengan inti buah-buahan dan pelbagai krim. Baunya yang enak sudah boleh membuatkan anda terbayang kelembutan tekstur roti yang disediakan!

Jika anda sukakan roti homemade, anda wajib tonton video ini! Seorang netizen yang singgah berehat di hentian R&R Jejantas Sungai Buloh (arah Shah Alam) telah terserempak dengan seorang pak cik yang sedang sibuk mempromosikan roti dan pastri yang dibuat sendiri oleh isterinya di rumah.

Tertarik dengan gaya dan sifat peramah pak cik tersebut, netizen itu sempat merakam foto dan video beliau serta gerainya yang menjual aneka jenis roti dan pastri buatan sendiri. Video TikTok netizen tersebut mendapat sambutan selepas tular di Twitter.

image-1

image-2

image-3

Kami dimaklumkan yang pak cik ini sudah berkecimpung dalam bidang bakeri sejak hampir 11 tahun lalu dan pernah meniaga di Taman Melawati, Danau Kota, Putrajaya dan beberapa kawasan lain sebelum ini. Beliau juga pernah bekerja sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan — patutlah fasih berbahasa Inggeris!

Dalam kesibukan mencari rezeki, pak cik ini kerap menunjukkan betapa bangganya beliau dengan masakan isterinya yang tersayang. Mungkin kasih sayang antara suami isteri itulah yang menyerikan kehidupan seharian dan memajukan lagi bisnes mereka.

Jom tengok video di bawah:

Ingin mencari kedai roti dan kek di sekitar kejiranan anda? Ataupun anda mahu menjual produk makanan anda dalam talian? Kunjungi www.yellowpages.my yang padat dengan maklumat tentang barangan buatan tempatan dan pakej pemasaran digital.