e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
#ShopLokal

Gloria Jean’s Coffees Kini Menggunakan Khidmat Chop Chop

27 Oct 2020
  • Lebih mudah bersama program kesetiaan digital
  • Pelanggan tetap jadi keutamaan

Sama ada anda peminat kopi ataupun tidak, pasti ramai yang kenal dengan Gloria Jean’s Coffees yang sudah lama bertapak di Malaysia. Selain menawarkan pelbagai jenis air minuman panas dan sejuk, jenama ini juga terkenal dengan kualiti pastri dan menu pemanis mulut lain seperti kek serta ganjaran istimewa untuk pelanggan setia mereka.

Kad loyalty basah tertumpah kopi ais atau hilang bersama kad bisnes yang lain? Para pelanggan Gloria Jean’s Coffees tidak perlu risau lagi kerana Gloria Jean’s Coffees kini menggunakan khidmat Chop Chop daripada Nexlife sebagai program kesetiaan digital mereka.

Menurut Anwaruddin Mohamed Nassarudin, Eksekutif Digital & IT Gloria Jean’s Coffees, idea mengadakan program loyalty melalui aplikasi telefon pintar Chop Chop amat menarik kerana pelanggan kini tidak perlu lagi membawa kad fizikal untuk membeli kopi. Pengumpulan mata ganjaran dalam bentuk setem digital membolehkan anda menikmati satu minuman percuma yang boleh ditebus selepas 10 pembelian minuman.

Layari pautan ini dan tonton video di bawah untuk info selanjutnya: