e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Guru Bina ‘Kolam Renang’ Untuk Murid Di Pedalaman

02 Nov 2020
  • Guru ini menggunakan bahan-bahan tersedia untuk mendidik pelajarnya
  • Belajar sambil berhibur? Seronoknya!

Siapalah kita tanpa guru, kan? Mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik generasi muda. Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang guru dalam mendidik pelajar. Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para guru terpaksa mengajar di atas talian agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Bagi guru-guru di kawasan pedalaman pula, cabarannya mungkin sedikit berbeza. Begitulah ceritanya dengan kanak-kanak di Ranau yang terpaksa belajar dalam gelap seperti yang kami laporkan beberapa bulan lepas.

Jadi apabila cerita-cerita seperti Cikgu Nazmi ini mula viral di media sosial, semestinya hati kami tersentuh. Cikgu Nazmi atau @chuckee_little, memuat naik sebuah tweet dan menunjukkan pengalamannya membina sebuah ‘kolam renang’ untuk anak-anak muridnya di Sarawak.

image 1

image 2

Berdasarkan thread tersebut, kita boleh lihat betapa terujanya pelajar-pelajar tersebut dengan usaha Cikgu Nazmi. Guru tersebut menggunakan kreativitinya dengan mengumpulkan bahan-bahan kitar semula seperti beg plastik bagi mendidik pelajar-pelajarnya.

image 3

image 4

Tweet tersebut berjaya mengumpulkan lebih 10,000 retweet, dan meraih pujian daripada netizen atas kesungguhan Cikgu Nazmi dalam mendidik pelajar-pelajarnya.

tweet itsyala

tweet lia

tweet din

Usaha Cikgu Nazmi ini bukanlah untuk paparan di media sosial semata-mata kerana kolam renang itu hanyalah salah satu dari sesi kelas bersamanya yang inovatif. Baru-baru ini, beliau juga menyiapkan sebuah projek seni menggunakan botol-botol terpakai untuk menghasilkan obor-obor jadian. Coolnya!

image 5

image 6

Ternyata, bukan Cikgu Nazmi seorang saja yang menggunakan kreativiti beliau dalam membantu anak-anak di kawasan pedalaman. Bulan lepas, Cikgu Samuel Isaiah atau ‘Teacher Sam’ juga telah mendapat pengiktirafan yang tinggi selepas dinobatkan sebagai salah seorang dari sepuluh finalis anugerah Global Teacher Prize pada tahun ini 2020.

Menurut Stephen Fry, pelakon popular di England, Cikgu Samuel sanggup berulang-alik ke sekolah sejauh 200 kilometer setiap hari dan juga mengusahakan sebuah kempen crowdfunding agar anak-anak muridnya mendapat bantuan yang cukup untuk terus belajar di sekolah. Salutelah Cikgu Samuel!

Kita patut sedar bahawa guru pun boleh dianggap sebagai frontliner yang sentiasa bertungkus-lumus bertugas demi masa hadapan negara kita. Musim pandemik bukanlah alasan untuk anak watan berhenti menerima ilmu, kerana mereka berpotensi untuk membesar menjadi doktor, polis, askar dan bomba yang boleh menjaga keselamatan negara pada masa akan datang.

Siapa tak suka cerita-cerita positif macam ini kan? Jika anda berminat dengan lebih banyak cerita sebegini, bolehlah ikuti kami di Instagram @kitajiran!