e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

"KL Buat Aku Lebih Kuat Daripada Biasa"

07 Oct 2020
  • Orang luar menceritakan pengalaman menetap di Kuala Lumpur
  • Hidup di perantauan kini lumrah kehidupan

Penghijrahan dari kampung halaman ke tempat yang asing itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Anda perlu membuat persiapan dalam bentuk fizikal dan mental agar boleh menyesuaikan diri di tempat orang - jika tidak, anda mungkin akan hanyut dengan masalah-masalah yang bakal menimpa.

Begitulah juga kisah dua orang rakyat Malaysia ini; John Bear dari Pulau Pinang dan rakannya, Elena Laurel Moujing yang berasal dari Sabah. Pada mulanya, kedua-duanya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran ke menara gading dan kini mereka masih menetap di sini dalam mencari rezeki. Jika anda seperti pernah lihat wajah Elena, ini kerana beliau seorang aktres dan penari, yang pernah muncul dalam beberapa video muzik manakala John Bear, atau nama sebenarnya Izzul, merupakan vokalis kugiran reggae Budak Nakal Hujung Simpang, kini menetap di Lembah Kelang.

Ketika berbual di studio, mereka berdua bersetuju bahawa Kuala Lumpur inilah titik dan pusat pertembungan pelbagai jenis bangsa dan budaya, yang membuatkan bandaraya ini unik serta istimewa -- tetapi pengakuan ini bermulanya dengan fasa penyesuaian diri yang sukar dan memakan masa.

‘Kalau di kampung kita, kita selesa bertegur sapa dan bercakap (dengan orang lain) kerana kita tau orang itu berkongsi bahasa yang sama’ kata John Bear, seorang ‘island boy’ yang membesar di Air Itam.

Bertanya tentang perbezaan Kuala Lumpur dengan Kota Kinabalu, Elena berkata kesibukan kota dan semangat jitu yang berjaya ditunjukkan oleh warga ibukota memberikan beliau satu perspektif yang berbeza. ‘Orang KL sangat fokus dan mereka tidak membenarkan sesiapa pun menjadi batu penghalang dari mencapai apa yang diinginkan.’

Tontoni video dibawah untuk ketahui lebih lanjut cerita John Bear dan Elena Laurel Moujing: