e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Nostalgia

Laman Seni: Dulu & Sekarang

18 Aug 2020
  • Vandalisme bunuh seni jalanan?
  • Perubahan Laman Seni dari tahun 2014

Rojak Karim dan laksa di i-City

Dua punca utama aku redah Shah Alam hujung minggu lepas. Dah lama tak jejakkan kaki kat Bandaraya Anggerik ni lepas dah graduate daripada UiTM. Peristiwa vandalisme ke atas mural hero COVID-19 negara di Taman Cahaya Alam baru-baru ni mengajak aku singgah ke Laman Seni Seksyen 2 dan Seksyen 7 untuk lihat perubahan laman ikonik ni pula.

2012: Ernest Zacharevic, seni jalanan Penang dan Instagram

Maka bermulalah zaman kegemilangan mural dan seni jalanan yang kita lihat sekarang. Fenomena ini dipopularkan oleh artis yang berasal dari Lithuania sebelum ia merebak ke seluruh negara. Penang menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pelancong luar dan golongan mobilegrapher yang baru berjinak dengan aplikasi Instagram.

Laman Seni: dulu dan sekarang (2014–2020)

lamanseni piring Aku personally lebih suka hasil karya sekarang. Tapi, mungkin kerana faktor cuaca dan usia, warnanya tak semeriah yang dulu.

lamanseni umbrella-wall 1 banyak-banyak, 2 sikit-sikit, 3 jarang-jarang, 4 sudah hilang.

lamanseni wall-of-war Sebuah kapal terbang perang tewas di medan peperangan.

lamanseni bujanglapok Aku kagum dengan kualiti cat mural ni. Tak pudar ditelan zaman.

lamanseni blackgate Dulu, ada banyak latar belakang polos macam ni. Jadi, kami terpaksa bawa props untuk muncul lebih kreatif.

lamanseni classroom 2 Inilah seni jalanan favourite aku. Instagram pernah paparkan semasa #WHPresolutions2014.

Sekarang ada banyak tempat yang paparkan mural dan seni jalanan menarik. Tapi sayang, pihak yang tidak bertanggungjawab sering muncul untuk membuat onar. Mari sama-sama mainkan peranan untuk memelihara karya anak jati tempatan. Hargai seni jalanan kita.

Hai jiran sebelah!

Klik di sini kalau nak kongsi kisah kawasan kejiranan anda.