e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Ramadhan

Menjemput sinar cahaya Ramadhan dalam PKP

27 Apr 2020
  • Menyambut kesederhanaan dengan keredhaan Allah
  • Waktu yang sempurna untuk kita kekal harmoni dan bersatu apabila berhadapan dengan kesan COVID-19

Kebiasaannya, menjelang 1 Ramadhan, kita dapat merasakan debaran itu seminggu atau dua minggu lebih awal. Kedai-kedai runcit mula menjual pelbagai jenis buah kurma, gudang-gudang kain akan dipenuhi dengan kunjungan para pelanggan, dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu raya klasik -- tetapi bukan pada tahun ini.

Setelah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilanjutkan, rakyat Malaysia sudah menerima hakikat bahawa kita akan menyambut Ramadhan di rumah. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat pelbagai reaksi dari sebahagian netizen di laman media sosial:

Walaupun ini merupakan cabaran yang bakal kita hadapi bulan Ramadhan ini, haruslah kita bermuhasabah dan kembali kepada erti sebenar Ramadhan: iaitu menyambut kesederhanaan dengan keredhaan Allah. Dalam kita sedang sibuk mengidam kuih tepung pelita, atau merindui majlis berbuka puasa bersama keluarga yang tersayang, kebahagiaan yang sebenar terletaknya dalam kesedarhanaan beribadah. Ia mengingatkan kita untuk merasai kehidupan seharian golongan yang tidak bernasib baik.

Setiap cabaran dan dugaan, pasti ada hikmahnya. Inilah waktu yang sempurna untuk kita kekal harmoni dan bersatu apabila berhadapan dengan kesan COVID-19 dalam kehidupan seharian kita. Teruskan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada para ‘frontliners’ kita, pasukan keselamatan negara, golongan yang kurang bernasib baik, malah kepada golongan usahawan-usahawan tempatan kita, dalam pelbagai cara, sambil mengambil pendekatan penjarakkan sosial. Jangan lupa juga untuk menghubungi sanak saudara dan bertanya khabar, kerana ketika inilah, kita semua perlukan sokongan moral dan emosi yang ikhlas.

Ya, tempoh PKP ini terbukti mencabar, jadii kami akan tetap bersama anda. Berbekalkan prinsip #StayConnected, kami akan sentiasa bekerja keras untuk memastikan anda terus berhubung dengan keluarga tersayang dan rakan-rakan anda menjelang musim Ramadhan ini.

Selain itu juga, mengambil kira segala aspek dalam menghadapi cabaran ‘new normal’ ini, kami bawakan anda sebuah hab khusus untuk Ramadhan, agar anda dapat terus mengamalkan ibadah berpuasa dengan informasi dan petua-petua yang bakal kami sajikan kepada anda.

Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan pelbagai info mengenai inisiatif e-bazaar untuk anda terus menikmati juadah-juadah kegemaran anda seperti kebiasaannya sebelum ini. Ini juga sedikit sebanyak dapat membantu golongan peniaga e-baazar ini.

Walaupun Ramadhan kali berbeza, tetapi kami ingin anda tahu yang kami sentiasa bersama dengan anda dan bersama, kita dapat menghadapinya.

Salam Ramadhan daripada kami!