e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
#ShopLokal

Bukan Kedai "Mamak" Yang Biasa

22 Sep 2020
  • Mocktail kreatif, gandingan chicken chop dan pasta dan banyak lagi!
  • Anda ada kenangan nostalgia lepak kat Murni?

Antara perkara yang istimewa tentang Malaysia adalah budaya ‘mengeteh’ di kedai mamak sehingga ke tengah malam. Rindu, kan? Itulah rutin sebahagian besar rakyat Malaysia sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah mengubah waktu perniagaan bagi semua restoran, gerai dan medan selera di seluruh negara. Walaupun PKP belum ditamatkan sepenuhnya, ramai yang sudah mula kembali lepak di kedai mamak kegemaran masing-masing. Bagi warga Lembah Klang, semestinya Restoran Murni Discovery merupakan salah satu port pilihan mereka.

Kepada yang tidak familiar dengan Murni Discovery, restoran ini mula beroperasi pada tahun 1999. Pada awal penubuhannya, memang Murni Discovery berkonsepkan sebuah restoran mamak, akan tetapi keinginan untuk memberi kelainan kepada pelanggan mendorong mereka untuk menjadi lebih kreatif.

image 2

Terkenal dengan kepelbagaian menunya, Murni Discovery memberikan nama-nama yang inovatif kepada seleksi mocktail mereka seperti ‘I Miss You’, ‘I Kiss You’, ‘I Love You’ dan ‘Kiss Me Baby’.

image 3

“Yang paling best tentang Murni (Discovery) ini semestinya chicken chopnya yang juga boleh digandingkan dengan pasta pilihan anda. Kebetulan pula saya memang kaki carbonara, jadi bila Murni memberi saya pilihan untuk memesan carbonara yang dihidangkan bersama chicken chop, mereka sudah memenangi hati saya,” kata Matt Liew, seorang pengurus di syarikat tempatan.

image 4

Ramai lagi pelanggan setia seperti Matt yang berbeza latar belakang, bangsa dan agama. Itulah keunikan Murni Discovery. Restoran ini manarik komuniti-komuniti dari merata tempat untuk datang menikmati beraneka masakan dan minumann yang lazat. Sebab itulah jenama ini berjaya membuka cawangan di hampir 10 lokasi termasuklah SS2 Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya!

Portion makanan dia besar. Saya suka order ‘Mee Raja’, ‘Nasi Goreng Meletup’ dan chicken chop. Nak kata servisnya pantas pun, ya juga. Di sinilah kami kawan-kawan berkumpul lepas futsal dan lepas tengok wayang. Main Mobile Legends ramai-ramai pun di sinilah! Kalau tengah bulan, order Maggi pun dah cukup,” kata Aqil Nasri, seorang pemain dram kugiran indie di Kuala Lumpur.

image 5

Jika anda menggemari makanan western, anda boleh cuba ‘3 Kingdoms’ iaitu set kombo ayam, daging dan kambing yang dibakar khas untuk anda. Lebih suka makanan gerai mamak biasa? Cubalah mee goreng yang dimasak dengan api yang besar.

Walau banyak mana pun hidangan yang anda pesan, para pelayan di sini pasti boleh menghantar kesemuanya kepada anda. Restoran ini popular dengan pelayan-pelayannya yang mampu membawa enam pinggan sekaligus ke meja pelanggan menggunakan satu tangan sahaja!

Berminat untuk menjamu selera di restoran seperti Murni Discovery? Ada bermacam-macam jenis restoran di yellowpages.my. Tinggal klik saja!