e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Nasi Lemak RM1: ‘Aunty’ Sara Hidup Selepas Hidap Kanser

18 Sep 2020
  • Bukan senang nak cari nasi lemak RM1 hari ini!
  • Jom makan nasi lemak kat Klang!

Zaman sekarang memang sukar untuk kita jumpa nasi lemak yang berharga RM1, lebih-lebih lagi di sekitar Lembah Klang. Nasi lemak legend kegemaran kita pun kebanyakannya dijual pada harga minimum RM1.50 sebungkus. Itu belum tambah ayam goreng atau sambal paru. Kalau jumpa nasi lemak RM1, mesti kita beli, kan?

Di Taman Sentosa, Klang, seorang netizen bernama Roob Ganesan meluahkan perasaannya melalui ciapan di Twitter selepas beliau akhirnya singgah ke gerai nasi lemak Aunty Mahalachumy yang berdekatan dengan rumahnya setelah sekian lama berhajat untuk mencuba. Roob yang juga seorang kaki joran yang tegar terkejut dengan harga nasi lemak tersebut — hanya RM1!

Tidak cukup dengan kejutan harga, aunty turut menceritakan bahawa beliau pernah menghidap penyakit kanser dan mula menjual nasi lemak akibat masalah kewangan yang dihadapi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aunty Mahalachumy juga meminta bantuan Roob untuk mencarikan kerja buatnya. Secara kebetulan, seorang sahabat beliau sedang mencari pemotong bawang lalu Roob terus mengambil peluang untuk menghubungkan mereka.

Kita patut mengambil iktibar dari semangat wanita ini yang tabah mencari rezeki di tengah panas terik. Kini, aunty bukan saja menjual nasi lemak tetapi juga mendapat sumber pendapatan baru. Berdasarkan testimoni majikan di Twitter, skill potong bawang Aunty Mahalachumy memang padu kerana hasilnya kemas!

image 3 Imej oleh Roob Ganesan

image 4 Imej oleh Roob Ganesan

Apabila kisah ini mula viral di laman sosial, ramai netizen tampil untuk membantu beliau. Selepas beberapa hari ciapan dimuat naik, netizen yang prihatin telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1,500! Nice lah!

image 5 Imej oleh Roob Ganesan

Semangat kejiranan di Malaysia memang kuat. Aunty Mahalachumy boleh menggunakan wang sumbangan itu untuk menampung kos perbelanjaan harian ataupun melabur untuk mempertingkatkan lagi perniagaan nasi lemaknya. Mungkin satu hari nanti kita boleh buat tempahan secara dalam talian pula. Buat masa ini, jika anda mahu mencuba nasi lemak RM1 Aunty Mahalachumy, bolehlah ke Taman Sentosa, Klang.

Apa dia? Anda pun ada bisnes dan mahu mempromosikannya melalui platform digital? Ha, senang je. Jom join yellowpages.my bersama kami!