e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Gaya Hidup

Padang Bola FIFA di Kejiranan Lembah Klang

18 Aug 2020
  • Arena 26 menjanjikan pengalaman bertaraf dunia
  • Industri padang sintetik terkesan dengan wabak COVID-19

Cinta rakyat Malaysia terhadap permainan bola sepak bukanlah suatu rahsia lagi. Minat masyarakat terhadap sukan ini terbukti dengan jumlah penonton di stadium dan di kaca televisyen. Rasa cinta kepada bola sepak sudah merentasi zaman; dari detik kegemilangan arwah Mokhtar Dahari sehinggalah era naturalisasi yang telah memberi peluang kepada anak kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Image 2

Cinta dan semangat tersebut juga boleh dilihat di padang-padang bola di serata Malaysia. Walau panas terik atau hujan badai, peminat bola sepak akan tetap bermain di padang berhampiran rumah masing-masing. Orang ramai mungkin merasakan fenomena ini satu perkara yang normal. Buat Nadzry Abu Bakar pula, ia dilihat sebagai sebuah peluang.

Image 3

“Kalau tengok komuniti bola sepak yang ada di Lembah Klang, bola sepak memang sukan nombor 1 di Malaysia. Kanak-kanak seawal umur 6–7 tahun sampailah veteran atau warga emas, semuanya sangat gilakan bola sepak.”

Image 4

Nadzry yang berlatarbelakangkan bidang produksi membuka bisnes padang bola bersama beberapa orang rakan beliau. Bagi mereka, kaki bola di Malaysia layak untuk merasai bermain di padang sintetik yang mengikut piawaian FIFA berdekatan dengan kawasan kejiranan mereka.

Image 5

Image 6

Walau bagaimanapun, industri padang sintetik antara yang terkesan dengan wabak COVID-19. Warga Malaysia dilarang sama sekali bermain bola sepak selama beberapa bulan. Saksikan video ini dan ikuti kupasan Nadzry tentang masa hadapan jenamanya serta impak pandemik COVID-19 terhadap industri bola sepak amatur tanah air.

Moga kisah Nadzry menjadi inspirasi buat semua. Ingin berikan sokongan kepada usahawan tempatan yang cekal mengejar impian? Dapatkan maklumat lanjut tentang peniaga PKS di kejiranan anda. Layari yellowpages.my hari ini.