e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Pemuda Ini Miliki Lebih 1,000 Barangan MILO

18 Sep 2020
  • Trak MILO pun ada!
  • Korang ada koleksi MILO macam ni?

Sebagai rakyat Malaysia, kita membesar dengan pelbagai jenis minuman yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Antara jenama yang paling popular pastinya MILO oleh Nestlé.

Jenama MILO sudah bertapak lebih 70 tahun di Malaysia. Berasal dari Australia, jenama ini diberi nama MILO sempena nama ahli gusti legenda ‘Milo of Croton’ yang dikenali dengan kekuatannya menentang pihak lawan. Sebab itulah iklan MILO dulu-dulu selalu sinonim dengan kecergasan!

*image 1 Imej oleh The Vocket

Di kalangan anak watan, jenama ini mampu membangkitkan nostalgia silam, seperti lori MILO yang sentiasa menyajikan minuman tersebut dalam cawan yang kecil pada hari sukan atau acara merentas desa. Bagi Mohd Yusof Ali, seorang pemuda yang digelar ‘Miloman’, hidangan malt coklat ini bukanlah sekadar minuman semata-mata.

image 2 Imej oleh Free Malaysia Today

Baru-baru ini, posting tentang Mohd Yusof Ali tular selepas gambar-gambarnya bersama ratusan barangan keluaran MILO dikongsikan di media sosial. ‘Kegilaan’ beliau mengumpul barang jenama MILO ini bermula sejak 15 tahun dahulu. Di samping barangan keluaran baru, beliau turut mengumpul barangan vintaj hasilan sebelum merdeka.

image 3 Imej oleh Free Malaysia Today

Gambar-gambar milik Miloman menunjukkan bermacam-macam jenis produk yang old school dan jarang dijumpai. Selain tin-tin MILO lama dan kemeja-T, ‘keychain’ replika lori MILO yang kita rindukan itu pun ada!

image 4 Imej oleh Harian Metro

Menurut Miloman, mengumpul barangan MILO ini bukanlah sekadar aktiviti mengisi masa lapang yang biasa. Sebenarnya, hobi ini dianggapnya satu tribute kepada memori bersama arwah ayahnya. Beliau akui bahawa pengedar minuman MILO sekitar 1980-an dahulu kerap ke kedai runcit ayahnya untuk menjual MILO. Dari situlah timbulnya rasa cinta pada jenama tersebut kerana mereka selalu menawarkan hadiah yang menarik dalam bentuk produk bukan minuman. Setakat ini, Mohd Yusof Ali telah membelanjakan wang sebanyak RM40,000 hanya untuk menambah koleksi MILOnya.

image 5 Imej oleh Miloman

Ramai sebenarnya pengumpul barangan unik dan ‘collectables’ seperti Mohd Yusof Ali di Malaysia ini, khususnya di Lembah Klang. Barang-barang seperti mainan Star Wars, Dragon Ball, Hot Wheels dan Tamiya sering menjadi rebutan ramai di lokasi tumpuan pengumpul barangan klasik seperti pasar lambak Amcorp Mall, Pasar Karat Ipoh dan banyak lagi. Di kawasan kejiranan anda pun mungkin ada yang menganjurkan ‘yard sale’ atau jualan barang terpakai yang menawarkan produk-produk unik ini.

image 6 Imej oleh Miloman

Jika anda seorang pengumpul barangan unik dan ingin mempamerkan koleksi anda, apa kata anda hantar maklumat tentang koleksi anda berserta gambar lampiran ke laman Facebook kami. Mungkin anda juga boleh viral seperti Mohd Yusof Ali!

Tip daripada Jiran: Sekiranya anda ingin menjual atau membeli barangan ‘collectables’, cuba gunakan khidmat yellowpages.my. Mana tahu boleh jumpa ‘harta karun’ yang diidamkan selama ini.