e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
#ShopLokal

Pilihan Pembiayaan P2P Baharu dan Menarik untuk PKS

28 Oct 2020
  • Bimbang dengan keperluan dana untuk perniagaan anda? Jangan risau lagi!
  • Penyelesaian kewangan yang anda nantikan kini tersedia

Dari kawasan kejiranan atau kampung halaman tempat kita dibesarkan hinggalah ke bandar-bandar utama di seluruh negara — kita dikelilingi oleh lanskap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang pesat. PKS memainkan peranan penting dalam menggalakkan kemajuan dan memacu inovasi masyarakat setempat. Sektor ini menyumbang kira-kira 70% daripada tenaga kerja negara. Malah, PKS membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan, sama ada pak cik dan mak cik di Kedah atau abang dan kakak di Negeri Sembilan. Lebih 98.5% daripada pertubuhan perniagaan di Malaysia terdiri daripada PKS, maka tidak hairanlah apabila rakyat dan kerajaan mengiktiraf PKS sebagai tunjang utama ekonomi negara.

Ketika negara berhadapan dengan ujian getir yang dipenuhi dengan ketidaktentuan ekonomi, pelbagai komuniti di seluruh Malaysia mengharungi cabaran demi meneruskan kelangsungan hidup. Perniagaan popular yang telah bertahun didirikan, tidak kira kecil atau besar, turut terkesan, antaranya Speedy Video yang ikonik yang mempunyai beberapa cawangan di pusat membeli-belah tempatan dan kedai buku Reader’s Paradise di Ampang Point. PKS juga tidak terkecuali. Dilaporkan lebih 4,000 PKS terpaksa gulung tikar, sebahagian besarnya kerana masalah aliran tunai. Walaupun banyak inisiatif dan insentif yang dilancarkan oleh kerajaan, contohnya pakej rangsangan PRIHATIN dan PENJANA yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban PKS, kebanyakan usahawan PKS masih berdepan dengan kesulitan.

Sebahagian daripada cabaran yang dilalui merupakan masalah yang telah wujud sekian lama sebelum penularan pandemik COVID-19 lagi. PKS sering menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tradisional, termasuk proses permohonan yang panjang dan dokumentasi yang merumitkan. Bagi perniagaan yang lebih kecil, kecenderungan untuk dilihat sebagai tidak memberi pulangan besar oleh institusi kewangan adalah masalah biasa, menjadikan kadar penolakan secara purata berada pada sekitar 20%. Oleh yang demikian, PKS kini memilih saluran alternatif seperti pembiayaan rakan setara (P2P) untuk memenuhi keperluan kewangan mereka dan mengatasi jurang pembiayaan.

Bagaimana pembiayaan P2P mengatasi jurang pembiayaan PKS

Pada tahun 2016, Malaysia muncul sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang mengawal selia platform pembiayaan P2P. Semenjak itu, pembiayaan P2P kian mendapat perhatian di kalangan PKS. Melalui platform pembiayaan digital ini, usahawan PKS mempunyai pilihan untuk mendapatkan pembiayaan secara langsung daripada sekumpulan pelabur dalam bentuk crowdfunding. Sebelum ini, PKS muda yang beroperasi untuk tempoh yang tidak panjang sering berhadapan masalah apabila mereka tidak memiliki penyata kewangan yang diaudit yang merupakan syarat lazim yang dikenakan oleh bank. Pembiayaan P2P menawarkan fleksibiliti kerana PKS yang baru ditubuhkan masih dapat dibiayai secara langsung oleh pelabur runcit dan institusi.

Funding Societies, platform pembiayaan P2P pertama dan terbesar di Malaysia

Funding Societies adalah sebuah platform teknologi kewangan atau fintech yang ditubuhkan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk memperkasa kemajuan masyarakat melalui akses kewangan. Dengan bahagian pasaran melebihi 50%, Funding Societies telah menyalurkan lebih RM500 juta dana modal kerja di negara ini dan tampil sebagai platform pembiayaan P2P terbesar di Malaysia dan serantau. Dengan fokus terhadap sektor perniagaan terutamanya PKS yang terabai (underserved) dan tidak dibantu (unserved), Funding Societies mempunyai pelbagai pilihan pembayaran dan penawaran produk yang bersesuaian dengan keperluan pembiayaan yang berbeza. Platform ini membolehkan PKS memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan kecekapan teknologi baru untuk pengalaman dan proses permohonan yang lebih baik.

Kolaborasi baru dilancarkan dengan Yellow Pages Malaysia

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk memberi perkhidmatan yang lebih meluas kepada PKS, Funding Societies turut bekerjasama dengan pelbagai platform dan syarikat. Antara kerjasama yang telah dijalinkan ialah platform dagangan kereta terpakai, e-dompet dan penyedia gerbang pembayaran, platform e-dagang, dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Kerjasama terbarunya menampilkan kolaborasi yang menarik dengan Yellow Pages Malaysia iaitu perkhidmatan penyenaraian direktori terbaik untuk mengetengahkan perniagaan dan produk buatan tempatan kepada rakyat Malaysia. Melalui jalinan kerjasama ini, Yellow Pages berharap dapat menyediakan akses bantuan kewangan kepada jenama dan perniagaan yang layak di platformnya yang turut menawarkan rangkaian penyelesaian pemasaran digital.

Berita baik yang dinanti-nantikan ini akan membolehkan perniagaan anda menikmati semua kelebihan platform P2P yang merangkumi proses permohonan dalam talian yang mudah dan tempoh kelulusan yang cepat — tanpa sebarang cagaran! Dokumen yang diperlukan juga minimum dan anda pastinya tidak perlu lagi pening kepala.

Jadi, jangan tunggu lama lagi!

Ingin tahu lebih banyak tentang kolaborasi Yellow Pages dan Funding Societies? Baca siaran akhbar di sini. Layari www.yellowpages.my/fundingsocieties untuk maklumat lanjut mengenai cara mendapatkan dana melalui platform pembiayaan P2P ini.