e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
#ShopLokal

Guru tuisyen ini memilih YouTube sebagai platform pengajaran beliau, selari dengan keadaan semasa

04 Sep 2020
  • PKP? No Problem! Youtube kan ada
  • Jom belajar kat YouTube!

Secara amnya, Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP telah banyak mengubah cara hidup kita. Jika dahulunya kita boleh keluar begitu saja, kini kita perlu memakai pelitup muka pada setiap masa. Perubahan ini juga memberikan impak besar kepada sektor pendidikan khususnya dalam kalangan guru tuisyen. Punca pendapatan tenaga pengajar dalam bidang ini turut terjejas. Bagi Ruel Abbarow yang juga dikenali sebagai Cikgu Ruel, beliau terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan kerjayanya sebagai online tutor.

Nama Cikgu Ruel dikenali sebagai guru tuisyen yang mengajar pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan. Anak jati Nogori, Ruel merupakan seorang graduan farmasi dari sebuah universiti tempatan. Beliau mengambil langkah untuk berkecimpung dalam profesion keguruan setelah bertugas sebagai guru sambilan sewaktu beliau masih sedang menimba ilmu.

Menurut Cikgu Ruel, pendapatan beliau berkurangan sehingga hampir 40% akibat PKP. Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk mengajar melalui platform YouTube. Kebanyakan video beliau memberi tumpuan kepada mata pelajaran Sains dan Matematik Tambahan, termasuklah soalan-soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan dan lain-lain topik yang menjadi tarikan kepada para pelajar.

Jom tonton video ini untuk tahu lebih lanjut tentang Cikgu Ruel:

ā€œIā€™m going to continue to upload [videos] as much as I can so that everybody has access to lessons, anytime. At their convenience.ā€

Ruel mengakui bahawa perubahan ini amat sukar pada mulanya. Namun, apabila melihat reaksi pelajar-pelajarnya, Ruel berpuas hati dengan respons yang diterima dan merasakan yang perubahan ini harus dilakukan demi masa depan anak-anak muridnya.