e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
#ShopLokal

Selamat Datang ke #ShopLokal

19 Aug 2020
  • Jom #kitasupportlokal untuk sokong perniagaan tempatan!
  • Macam-macam ada!

Sebagai ‘jiran’ yang prihatin, kami di Jiran sentiasa ingin merekomenkan pelbagai jenis kemudahan atau aplikasi yang boleh membantu anda mengenali kawasan kejiranan anda. Jika anda memang kaki shopping, anda pasti meminati ‘barang baik’ ini.

Selamat datang ke #ShopLokal!

#ShopLokal merupakan inisiatif di bawah naungan Yellow Pages Malaysia yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membeli barangan tempatan.

Image 1

Eh, Yellow Pages? Macam pernah dengar je.

Ya! Jika anda seorang millennial (dan ke atas), anda mungkin akan teringat zaman kita menggunakan sebuah buku tebal berwarna kuning untuk mencari nombor telefon tukang paip, kedai kek dan sebagainya yang berada di sekitar kejiranan anda.

Image 2.

Seiring era digital, Yellow Pages kini wujud dalam bentuk laman web dan aplikasi untuk membantu anda mencari pelbagai jenis perniagaan serta barangan keluaran anak Malaysia. Yellow Pages versi online ini membolehkan anda mendapatkan maklumat tentang perniagaan tempatan tanpa membuka mana-mana buku pun — search je!

Image 3 (1)

#ShopLokal juga diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada perniagaan-perniagaan tempatan. Jika anda lihat akaun Instagram #ShopLokal, bisnes lokal yang bermacam jenis memang kerap dipromosikan; dari gim, gerai bergedel, usahawan kraftangan hinggalah ke farmasi kecil-kecilan.

Image 4

Image 5

Jika anda berminat untuk menyokong #kitasupportlokal, ikuti kempen ini di media sosial dan rajin-rajinlah ke laman web kami untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang perniagaan-perniagaan tempatan yang menarik di sekeliling anda.

Sekiranya anda seorang pengusaha perniagaan kecil dan berminat untuk mendaftarkan perniagaan di Yellow Pages, hubungi sahaja pasukan yang sentiasa bersedia membantu anda di www.yellowpages.my

Dengan adanya platform seperti Jiran, anda akan lebih kerap melihat update tentang perniagaan-perniagaan kegemaran anda. Yang penting, #kitasupportlokal demi memajukan perniagaan tempatan!