e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Selamat Malam, MAS: Netizen Tunjukkan Sokongan kepada Malaysia Airlines

05 Nov 2020
  • Banyaknya memori dengan MAS
  • Semoga boleh bangkit dan terbang lebih tinggi

Bukan senang untuk menerima hakikat apabila syarikat-syarikat tempatan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kini diancam kerugian. Bagi industri penerbangan tanah air, pandemik COVID-19 telah memaksa kebanyakan syarikat untuk beroperasi dalam skala yang sangat kecil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), larangan merentas negeri dan sebagainya.

Ramai netizen meluahkan reaksi mereka setelah mendengar desas-desus penutupan Malaysia Airlines (MAS) yang merupakan syarikat penerbangan utama yang mendapat tempat di hati rakyat. Apa tidaknya, sebelum wujudnya pesaing-pesaing yang menawarkan penerbangan kos rendah, MAS terlebih dahulu menebarkan sayapnya untuk mengangkat martabat sektor penerbangan negara. Jadi khabar ini memberikan impak yang ketara kepada rakyat Malaysia. @JatIkhwan umpamanya telah memuat naik sebuah tweet sebagai tribute kepada MAS.

Tweet tersebut telah mendapat perhatian ramai netizen yang pernah menggunakan khidmat Malaysia Airlines sama ada dalam penerbangan domestik atau antarabangsa. Menurut @keemmazni, Malaysia Airlines merupakan khazanah negara yang harus dipertahankan:

image 2

Bagi Hazman Husni, Malaysia Airlines membolehkan beliau memberi kejutan khas dari London buat keluarga yang tersayang di pagi Aidilfitri. Sweet betul abang ini!

Image 3

Banyak lagi perkongsian menyentuh hati daripada netizen yang pernah menaiki penerbangan Malaysia Airlines. Antaranya, memori disambut dengan senyuman manis pramugari MAS setiap kali mereka melangkah masuk ke ruang pesawat.

image 4

image 5

image 6

image 7

Bekas kakitangan MAS turut mengimbau kembali kenangan bekerja dengan syarikat penerbangan nasional ini.

IMAGE 8

Mungkin kita tidak akan mendengar lagi ucapan selamat pulang daripada krew kabin MAS setelah selamat tiba di KLIA atau mana-mana destinasi di tanah air, tetapi kami di Jiran tetap mengharapkan yang terbaik untuk Malaysia Airlines. Moga MAS kembali bersinar menghiasi angkasa di masa akan datang.

Untuk mengetahui berita tempatan dan pelbagai cerita yang berkisar tentang kejiranan anda, ikuti kami di Instagram dan Facebook @kitajiran.