e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Sweetnya! Abang Polis Hantar Pelajar ke Sekolah Untuk Duduki Peperiksaan

05 Nov 2020
  • Bukan selalu dapat bonceng motor abang polis, kan?
  • Aww, terharu sangat!

Baru beberapa bulan lepas kami kongsi kisah tentang abang polis trafik bersama rider membantu seekor monyet melintas jalan. Kalau belum baca, bolehlah check link ini.

Kali ini kami ada sebuah lagi cerita tentang abang polis! Tapi bukanlah abang polis yang sama ya. Abang polis yang bakal kami tampilkan ini bukan saja menjalankan tanggungjawabnya sebagai pihak berkuasa, tetapi beliau juga bertindak memberi pertolongan kepada seorang pelajar yang menghadapi kesusahan.

Malang tak berbau...

Seorang netizen bernama @aimadazfar melaporkan satu insiden yang juga melibatkan sepupunya. Mereka bertembung dengan roadblock ketika dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki peperiksaan. Sekatan jalan raya tersebut dijalankan selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan lori tanah. Kejadian ini menghalang mereka untuk sampai ke sekolah tepat pada waktunya.

image-2-(2)

Abang polis bukan sekadar frontliner...

Mujurlah mereka terjumpa dengan seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas. Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Putrajaya, dengan sukarelanya menghantar pelajar itu ke sekolah dengan menaiki motosikalnya.

Dalam menangani krisis COVID-19, wira-wira frontliners kita telah tampil ke hadapan untuk membantu orang ramai. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan mereka ini yang bertungkus lumus memastikan kita selamat daripada segala jenis ancaman dan kesukaran.

Ini bukanlah kali pertama kita terbaca tentang anggota polis membantu rakyat. Beberapa minggu yang lalu, dua orang anggota polis trafik di Miri telah menolong seorang pemandu yang terpaksa menolak keretanya akibat kerosakan enjin. Kedua-dua anggota polis tersebut terus menolak kereta vintajnya ke tepi jalan agar pemandunya tidak cedera dan mengganggu lalu lintas.

abang-polis-IG

Terharu? Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu mengamalkan sikap saling tolong-menolong sesama kita. Tanggungjawab ini bukan saja untuk dipikul oleh pihak polis, malah komuniti setempat pun harus memainkan peranan dalam menjaga kesejahteraan jiran tetangga masing-masing.

Suka baca cerita seperti ini? Jom follow kami di IG @kitajiran. Jangan lupa share dan tinggalkan comment juga!