e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Terkandas di TBS: Warganet Muncul Membantu

12 Nov 2020
  • Baiknya budi pekerti
  • Orang nama Faris semua macam ini ke?

Bila berbicara tentang pengangkutan awam, kisah penumpang yang terpaksa bermalam di terminal bas, stesen kereta api mahupun lapangan terbang selalu menjadi topik yang hangat. Mungkin kerana tiket telah habis dijual atau perjalanan ditunda, ada yang terpaksa tidur dan berehat di ruang menunggu.

Inilah yang dialami oleh @theaediel, netizen yang terkandas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Beliau memuat naik sebuah tweet tentang keadaannya tanpa mengharapkan apa-apa bantuan daripada sesiapa. Kerana tiada pilihan, Aediel terpaksa bermalam di stesen tersebut seorang diri.

Tiba-tiba...

Pada jam 3 pagi, seorang warganet bernama @rizniel1 atau Faris Danial menghantar mesej yang memberi harapan kepada Aediel. Faris mengajak Aediel pulang ke rumahnya dan bermalam di sana.

Jika kita berada di tempat Aediel, kita pun pasti merasa sedikit segan dengan tawaran Faris. Tetapi niat Faris yang ikhlas membuatkan Aediel menerima pelawaannya itu. Faris turut memberitahu Aediel bahawa dia masih tinggal dengan ibu bapanya. Menurut Aediel lagi, Faris yang hanya berumur 18 tahun memang suka membantu orang yang susah.

Disebabkan rakyat Malaysia memang suka cerita-cerita feel good seperti ini, semestinya tweet Aediel telah menjadi viral. Ramai yang memuji sifat murah hati adik Faris yang sanggup menolong insan yang tidak dikenali. Rata-rata netizen mendoakan agar hero-hero kita sentiasa selamat dan murah rezeki, lagi-lagi di musim pandemik ini.

image 1

image 2

image 3

Sebagai warga Malaysia yang sentiasa dididik dengan nilai kasih sayang, sikap tolong-menolong memang sudah sebati dengan budaya masyarakat kita. Baru-baru ini tersebar kisah tentang Hunger Hurts, NGO yang dikendalikan oleh anak muda dan pelajar universiti yang telah menghantar 230 pakej bantuan makanan ke Pulau Mantanani untuk diagihkan kepada keluarga-keluarga yang hilang punca pendapatan.

Tidak lupa juga Ustaz Ebit Liew yang telah menghantar bantuan menggunakan kapal terbang kargo yang penuh dengan barang keperluan perubatan seperti pelitup muka dan PPE ke Sabah. Inisiatif ini dilakukan bukanlah dengan niat menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia merupakan sumbangan dan usaha murni untuk membantu rakyat yang dilanda kesusahan.

image 4

image 5

Jika anda berminat nak tahu lebih banyak cerita yang menyentuh hati seperti ini, jangan lupa follow kami di Instagram dan like di Facebook!