e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

[VIDEO] Kenapa Gambar Model LEGO Ini Menjadi 'Viral'?

12 Jan 2021
  • Kreatif betul peminat LEGO!
  • Nampak seperti roket yang sebenar!

LEGO sudah lama menjadi fenomena di Malaysia terutamanya di kalangan pengumpul mainan dan golongan muda. Jenama ini bukanlah sekadar barang mainan semata-mata, malah boleh digunakan untuk mendidik kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan berimaginasi serta mengajar mereka tentang konsep pembinaan. Yang menariknya, LEGO telah berkolaborasi dengan nama-nama besar yang lain seperti Batman, Star Wars, Manchester United dan pelbagai lagi untuk mendekatkan die-hard fans dengan LEGO.

image 2

Sebab itulah sebuah tweet yang dimuat naik oleh Nurayzat Johari atau Ayzat mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia. Tweet tersebut menunjukkan kreativiti Ayzat sebagai seorang peminat tegar mainan LEGO yang membina sebuah model roket Saturn V bersama efek api dan asap yang datang dari bahagian nozel roket tersebut.

image 3

Bagi Ayzat yang amat meminati dunia astronomi dan sains angkasa, keputusan LEGO untuk menjual semula set roket Saturn V sememangnya menggembirakan beliau, lebih-lebih lagi selepas first release set tersebut ‘dibaham’ reseller yang membeli lalu menjualnya dengan harga yang lebih mahal.

“LEGO keluarkan model ini tiga tahun yang lalu tetapi mereka berhenti menghasilkannya. Tiba-tiba LEGO mahu mengeluarkan kembali model ini ke pasaran,” kata Ayzat.

Kini, tweet tersebut telah meraih lebih 15,000 tontonan, 4,000 retweet dan 11,000 like di Twitter. Ramai netizen yang kini ingin mencuba LEGO selepas menonton video roket yang dimuat naik oleh Ayzat.

Menurut Ayzat, beliau adalah seorang graduan kejuruteraan mekanikal — jadi masuk akallah apabila beliau sangat arif dalam pemasangan model LEGO dan bidang astronomi. Mungkin suatu hari nanti Ayzat akan membina sebuah roket yang sebenar pula? Siapa tahu!

Jom tengok bagaimana beliau bina set LEGO ini:

Gemarkan cerita-cerita menarik seperti ini? Pastikan anda ikuti kami di Instagram @kitajiran!