e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
Komuniti

Video Polis Trafik dan Rider Selamatkan Monyet Kini Viral

04 Sep 2020
  • Polis dan rider berganding bahu lindungi hidupan liar
  • Siapa pernah alami situasi ni?

Sebuah rakaman video pendek yang memaparkan anggota polis trafik dan seorang penunggang motosikal menyelamatkan seekor monyet liar telah tular di laman media sosial.

Boleh faham kenapa ia viral, kan? Video ini membuktikan keprihatinan orang kita yang sanggup membantu sesama makhluk Tuhan. Sejuk hati tengok. Monyet tersebut yang cedera pada mulanya ketakutan apabila salah seorang daripada anggota polis trafik itu cuba untuk memegangnya.

Kemudian, seorang penunggang motosikal dilihat berhenti untuk cuba membantu dan beliau berjaya menangkap monyet itu. Rider tersebut melintas jalan untuk melepaskan haiwan tersebut ke kawasan hutan bersebelahan dengan lebuh raya.

Ini bukan kali pertama kita menyaksikan seorang rider yang sanggup berhenti di tepi jalan untuk menyelamatkan haiwan ataupun mengalihkan objek berbahaya seperti serpihan kaca dan cebisan tayar yang mampu mengundang masalah kepada pengguna jalan raya lain. Mungkin kerana beliau memang kerap menggunakan lebuh raya, naluri menolong pengguna lain datang secara natural — walaupun ‘pengguna’ tersebut merupakan seekor monyet yang hendak menyeberang jalan.

Video ini telah mendapat perhatian dan pujian daripada netizen, terutamanya golongan pencinta haiwan dan alam.

Image 1

Image 2

Ada juga yang memberi nasihat dan menyarankan supaya pihak terbabit membawa monyet tersebut ke klinik haiwan.

Image 3

Pengguna media sosial lain pula mencadangkan agar jejantas atau jambatan dibina bagi membolehkan haiwan menyeberangi lebuh raya dengan selamat.

Image 4

Hakikatnya, komuniti kita memerlukan lebih banyak hebahan seperti ini. Cerita-cerita berunsur positif penting untuk disebarkan. Bukan saja rider dan anggota polis berkenaan yang mendapat manfaat, malah kita sebagai pengguna media sosial juga dapat mencontohi aksi murni individu-individu di dalam video ini.

Jika anda ada merakam video yang menarik perhatian seperti ini, hantarkan kepada kami di jiran.com.my!