e-Bazar
About
Privacy Policy
Profile
#ShopLokal

[VIDEO] Yellow Pages x Funding Societies: Masa Depan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kini Lebih Cerah

26 Jan 2021
  • Akses kepada penyelesaian pembiayaan digital
  • Bantuan kewangan bermula daripada RM3,000!

Ramai di antara kita kini berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan buat kali kedua. Pergerakan terhad dan permintaan bekalan yang merudum sudah tentu menimbulkan cabaran-cabaran baru buat sektor perniagaan.

Cabaran terbesar kian dihadapi oleh peniaga dan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mencari sumber modal alternatif untuk memastikan perniagaan mereka terus relevan dan mampu berdaya saing di saat ini.

Ketika PKS mengharungi situasi pandemik yang semakin getir ini, pelbagai inisiatif dan bantuan pinjaman perniagaan telah diwujudkan. Malangnya, banyak faktor yang menghalang peniaga-peniaga kecil daripada mendapatkan dana yang mereka perlukan, antaranya proses kelulusan yang memakan masa yang lama dan bermacam-macam lagi syarat yang wajib dipenuhi.

Persoalannya, mampukah perniagaan-perniagaan ini bertahan?

Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh PKS tempatan, TM Info-Media Sdn Bhd melalui platform digital Yellow Pages telah bekerjasama dengan Funding Societies selaku platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) yang pertama dan terbesar di Malaysia untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan digital khusus untuk PKS.

Gandingan Yellow Pages dan Funding Societies ini menyediakan lebih peluang kepada perniagaan-perniagaan kecil untuk mengakses pelbagai produk pembiayaan perniagaan bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ingin tahu lebih lanjut? Anda harus tonton video ini!

Tawaran eksklusif: Pemohon yang berjaya mendapat pembiayaan melalui platform Yellow Pages x Funding Societies berpeluang melanggan program kesetiaan digital Chop Chop secara percuma selama 3 bulan serta menikmati diskaun 25% untuk perkhidmatan WiFi Advertising. Jangan tunggu lagi. Untuk mendaftar, kunjungi laman Yellow Pages x Funding Societies hari ini.

Mencari maklumat tentang perniagaan PKS dan perkhidmatan kejiranan di kawasan anda? Yellow Pages Malaysia kini muncul dengan laman web yang serba baharu! Jom terokai ciri-ciri, fungsi-fungsi dan kemudahan terkini yang dilancarkan khas untuk anda. Nantikan berita menarik dan perkembangan seterusnya daripada kami di Jiran.