Ibadah di bulan mulia bukan setakat berpuasa
Published on 28 April 2020Umat Islam bukan sahaja diwajibkan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan, tetapi turut digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah. Krisis COVID-19 telah menyebabkan sumber pendapatan ramai rakyat Malaysia terjejas, jadi inilah peluang anda untuk memberi sumbangan dalam bulan yang penuh rahmat ini.
Berikut adalah antara badan-badan amal yang boleh anda bantu:
FKPB atau nama panjangnya Federasi Kebangsaan Pekerja Belia berganding bahu dengan beberapa pihak lain seperti Syed Azmi untuk memberi bantuan kepada golongan gelandangan, penghidap HIV dan bekas banduan.
Persatuan Perubatan Islam Malaysia atau IMARET bukanlah nama asing dalam bidang kebajikan. Sejak 2014, mereka sudah giat menjalankan operasi untuk meringankan beban golongan Bajau Laut, pelarian Rohingya dan sebagainya.
Inisiatif ini mengambil peluang untuk membekalkan juadah sahur kepada pegawai-pegawai di barisan hadapan seperti anggota polis dan tentera yang tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan untuk diri masing-masing.
Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan
Jika anda pernah menjamu selera di restoran makanan Cina Muslim Mohd Chan, kemungkinan besar anda pernah dengar akan pertubuhan ini. Pemilik restoran tersebut, Mohd Chan Abdullah, memang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan beliau. Di musim COVID-19 ini, beliau meneruskan usaha untuk membekalkan makanan kepada yang memerlukan.
Bersama slogan ‘Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’, KitafundMY memang cukup aktif dalam menyalurkan sumbangan. Baru-baru ini, mereka berkolaborasi bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza untuk mengutip dana bagi warga yang kurang bernasib baik. Jika anda waswas, ‘percayalah’, KitafundMY ini adalah dana yang sahih!
Kumpulan Sedunia telah bekerjasama dengan Shaq Koyok, KUASA: Persatuan Aktivis Sahabat Alam, ABIM, Gerimis dan pelbagai lagi pihak untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia. Setakat ini, mereka sudah pun menolong lebih 30,000 keluarga Orang Asli!
The Hope Branch oleh The Joke Factory
Anda pasti kenal Harith Iskander, kan? Syarikat milik beliau, The Joke Factory, yang beroperasi sebagai sebuah pusat komedi dan kafe di Publika, telah memulakan inisiatif bernama The Hope Branch yang membolehkan anda menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit.
Saluran AWAM Malaysia untuk wanita
AWAM Malaysia atau lebih dikenali sebagai All Women’s Action Society memang terkenal dengan sumbangan mereka kepada golongan wanita, khususnya ibu tunggal, wanita kurang upaya dan mangsa keganasan rumah tangga. Kali ini, AWAM Malaysia mengumpulkan dana untuk membekalkan tuala wanita kepada wanita-wanita yang kurang berkemampuan.