Dua Anak Sarawak Bina Komuniti Untuk Penduduk Setempat - Jiran

Dua Anak Sarawak Bina Komuniti Untuk Penduduk Setempat

Tiada tapak? Tiada masalah!

Published on 20 May 2020

Bila Ramadan tiba, antara tarikan dalam kalangan masyarakat di Malaysia adalah bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), operasi bazar Ramadan tidak dapat diteruskan seperti biasa di seluruh negara.

Beberapa jejaka dari Sarawak ini amat gemarkan juadah berbuka dari bazar Ramadan di kawasan kejiranan mereka. Mereka terkilan apabila mengetahui bahawa bazar-bazar ini tidak dibenarkan beroperasi seperti biasa. Oleh itu, Razio Crunch, Nizam Khalyd dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk membuka bazar Ramadan online melalui Facebook Group untuk warga Kuching dan Samarahan.

Menurut posting Razio Crunch yang merupakan salah seorang pengelola atau admin kumpulan Bazar Ramadhan Online Sarawakku Sayang (BROSS), kumpulan ini berjaya memperoleh 44,000 pengikut selepas hanya 11 hari beroperasi. Kini, BROSS telah mengumpulkan lebih 63,000 pengikut yang merangkumi para penjual juadah berbuka puasa dan penggemar makanan di sekitar Kuching dan Samarahan.

Yang menariknya tentang bazar ini adalah variasi makanan yang boleh ditempah — daripada makanan jati Sarawak hinggalah masakan trending Indonesia seperti ayam geprek dan macam-macam lagi. Anda harus check out Facebook Group ini, lebih-lebih lagi jika anda berada di kawasan Kuching dan Samarahan!

Sebelum itu, tonton video di bawah untuk ketahui cerita mereka dengan lebih mendalam:

Jom berikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil di sekeliling anda. Layari senaraian perniagaan tempatan di Yellow Pages Malaysia hari ini.