Guru Bina ‘Kolam Renang’ Untuk Murid di Pedalaman - Jiran

Guru Bina ‘Kolam Renang’ Untuk Murid di Pedalaman

Guru ini berjaya memanfaatkan bahan-bahan sedia ada

Published on 2 November 2020

Siapalah kita tanpa guru, kan? Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik generasi muda. Banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang guru. Contohnya, di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka mengajar secara online atau dalam talian agar pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. Bagi guru-guru di kawasan pedalaman pula, cabarannya mungkin sedikit berbeza. Begitulah ceritanya dengan kanak-kanak di Ranau yang terpaksa belajar dalam gelap seperti yang kami laporkan beberapa bulan lepas.

Jadi, apabila kisah tentang seorang guru ini mula tular di media sosial, semestinya hati kami tersentuh. Cikgu Nazmi atau @chuckee_little memuat naik sebuah tweet dan menceritakan pengalamannya membina sebuah ‘kolam renang’ untuk anak-anak muridnya di Sarawak.

image 1 2
image 2 2
guru tweet 1

Berdasarkan thread tersebut, kita boleh lihat betapa terujanya pelajar-pelajar dengan usaha Cikgu Nazmi. Guru tersebut menggunakan kreativitinya dengan mengumpul bahan-bahan kitar semula seperti beg plastik bagi mendidik pelajar-pelajarnya.

image 3 2
image 4 2

Tweet tersebut berjaya mengumpulkan lebih 10,000 retweet dan kesungguhan Cikgu Nazmi meraih pujian daripada netizen.

tweet itsyala
tweet lia
tweet din

Usaha Cikgu Nazmi ini bukanlah untuk paparan di media sosial semata-mata kerana beliau sememangnya sering mengamalkan kaedah pengajaran yang penuh inovatif. Baru-baru ini, beliau menyiapkan sebuah projek seni yang menggunakan botol-botol terpakai untuk menghasilkan obor-obor gergasi. Coolnya!

image 5 2
image 6
guru tweet 2

Ternyata bukan Cikgu Nazmi seorang saja yang menggunakan kreativiti beliau dalam membantu anak-anak di kawasan pedalaman. Bulan lepas, Cikgu Samuel Isaiah atau ‘Teacher Sam’ juga telah mendapat pengiktirafan yang tinggi selepas dinobatkan sebagai salah seorang daripada 10 finalis anugerah Global Teacher Prize pada tahun 2020.

Menurut Stephen Fry, pelakon popular di England, Cikgu Samuel sanggup berulang-alik ke sekolah sejauh 200 kilometer setiap hari dan juga melancarkan sebuah kempen crowdfunding agar anak-anak muridnya mendapat bantuan yang cukup untuk terus belajar di sekolah. Salute lah Cikgu Samuel!

Kita patut sedar bahawa guru pun boleh dianggap sebagai frontliner yang sentiasa bertungkus-lumus bertugas demi masa hadapan negara kita. Musim pandemik bukanlah alasan untuk anak watan berhenti menerima ilmu kerana mereka berpotensi untuk membesar dan berbakti sebagai doktor, polis, askar dan bomba yang boleh menjaga keselamatan negara pada masa akan datang.

Siapa tak suka cerita-cerita positif macam ini, kan? Jika anda berminat dengan lebih banyak kisah sebegini, ikuti kami di Instagram @kitajiran!