Pinjaman yang diperolehi boleh digunakan sebagai modal tambahan untuk memajukan perniagaan
Published on 11 February 2022Banyak program telah diwujudkan bagi menyokong golongan peniaga khususnya pengusaha perniagaan kecil-kecilan dan sederhana yang terjejas akibat pelbagai cabaran termasuklah wabak COVID-19. Contohnya, melalui Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor), para usahawan tempatan yang merupakan rakyat negeri ini kini boleh membina semula perniagaan mereka menerusi beberapa skim pinjaman dan pembiayaan yang ditawarkan.
Program Pengembangan Usahawan baharu oleh Hijrah Selangor dapat membantu peniaga membangunkan perniagaan sendiri dengan mendapatkan pakej perniagaan yang turut dilengkapi manfaat bimbingan, latihan serta khidmat pemantauan daripada syarikat peneraju yang dilantik.
Tentang Skim Hijrah Selangor
Program Mikro Kredit Bersepadu atau dikenali sebagai Skim Hijrah Selangor ialah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk memajukan golongan kelas menengah di negeri Selangor menerusi pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang cekap kepada para peniaga kecil.
Program ini telah dilancarkan pada 2015 dan sehingga Mac 2021, Kerajaan Negeri Selangor dilaporkan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM554.54 juta kepada seramai 70,752 peminjam yang terdiri daripada peniaga kecil dan sederhana.
Pinjaman berbentuk bantuan kewangan mikro kredit diberikan agar para usahawan ini terus komited dan mampu mengembangkan perniagaan mereka menggunakan modal tambahan yang disalurkan.
Hijrah Selangor yang bernaung di bawah Menteri Besar Selangor Incorporated ialah sebuah badan yang bertanggungjawab dalam mewujudkan sistem pengeluaran modal yang mudah lagi cepat dan tidak membebankan para penjaja dan peniaga kecil. Ini kerana rata-rata peniaga kecil hari ini sering dibebani masalah kekurangan modal serta peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.
Kerjasama antara Hijrah Selangor dan TM Info-Media Sdn Bhd
Sesuai dengan peranan dan komitmen Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam mendukung aspirasi #MemacuDigitalMalaysia serta menerajui evolusi teknologi telekomunikasi, TM Info-Media Sdn Bhd (TMIM) tampil bekerjasama dengan Hijrah Selangor untuk mendorong para usahawan melakukan pemasaran secara digital menerusi platformdalam talian terkini.
TMIM merupakan anak syarikat TM yang menawarkan penyelesaian perniagaan digital untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan.
Menerusi kerjasama ini, TMIM berhasrat membantu para usahawan untuk berhubung dengan pengguna melalui direktori perniagaan digital yang disediakan. Khidmat lain termasuklah perkhidmatan pemasaran secara digital (WiFi dan YP Banner), pengoptimuman enjin carian, perkhidmatan jalur lebar dan skrin digital. Kolaborasi ini direalisasikan dengan menyalurkan ilmu dan khidmat bimbingan perniagaan kepada para peniaga kecil khususnya di negeri Selangor bagi mentransformasi urusan perniagaan mereka secara digital. Ini mampu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis dan memaksimumkan hasil jualan secara dalam talian.
Jenis skim pembiayaan
Terdapat lapan program dan skim pembiayaan yang ditawarkan oleh Hijrah Selangor.
Syarat-syarat asas kelayakan permohonan
Syarat-syarat kelayakan utama yang harus dipatuhi pemohon yang mahu menyertai program dan skim pembiayaan Hijrah Selangor ialah seperti berikut:
Antara jenis perniagaan yang layak menyertai program ini ialah perniagaan dalam talian, penternakan, produk kecantikan, perkhidmatan, pengangkutan, jualan runcit dan pertanian.
Untuk keterangan lanjut berkenaan skim pembiayaan yang ditawarkan, layari laman web rasmi Hijrah Selangor.
Dapatkan lebih banyak panduan perniagaan dengan mengikuti laman sosial Jiran di Instagram, Facebook dan Twitter!