Mesti Korang Tak Tahu Kafe Ni! - Jiran

Mesti Korang Tak Tahu Kafe Ni!

Ramai yang tak tahu kewujudan Ikea Café. Jom kita tengok sikit apa yang ada di sini

By Saifuddin (Melantak TV) Published on 30 March 2021

Nama IKEA tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Siapa tak kenal, kan?

Sejak pertama kalinya IKEA dibuka pada tahun 1996, ia menarik perhatian orang ramai kerana kedai ini bukan sahaja menjual perabot dan hiasan dalaman rumah, tetapi pada masa yang sama memberi inspirasi kepada penggemar konsep minimalis.

ikea cafe image1

Ramai lagi yang belum tahu tentang kewujudan IKEA Café ini. Suasana tempat ini santai dan tenang, sesuai untuk orang yang mahu merehatkan diri selepas berjalan-jalan di IKEA.

ikea cafe image2

Berbeza dengan Restoran IKEA yang mempunyai makanan seperti bebola daging, IKEA Café menghidangkan juadah yang lebih ringan seperti kek, pastri dan pai.

Jangan lupa singgah jika ada kesempatan!

Tiba-tiba rasa lapar? Teringin nak cuba tempat makan baru sebelum bulan puasa ni? Sila lawati laman Facebook Melantak TV bagi maklumat lanjut.

Yellow Pages Malaysia juga ada menawarkan pelbagai jenis pilihan tempat makan yang boleh anda kunjungi di bawah kategori Food & Dining. Tunggu apa lagi? Jom layari sekarang!