Pembekal Minuman Ini Membuka Peluang Pekerjaan Kepada OKU di Sarawak - Jiran

Pembekal Minuman Ini Membuka Peluang Pekerjaan Kepada OKU di Sarawak

Kazoku terkenal dengan jenama air PYORR

Published on 27 May 2020

Jika anda dari berasal dari Sarawak, mungkin anda kenal jenama air PYORR yang sudah membuka kiosknya di pelbagai lokasi di Kuching. PYORR keluaran kumpulan Kazoku cukup terkenal dengan teh ais kaw, air coklat dan juga honeydew atau tembikai susu yang menjadi kegemaran penduduk setempat. Terbaru, mereka telah membuka sebuah lagi kiosk di perhentian bas dan teksi di Satok.

PYORR by Kazoku bukan saja minuman yang segar dan sedap. Pemiliknya baru-baru ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada golongan OKU di sekitar Kuching. Pekerja OKU diberi tanggungjawab untuk menjalankan pelbagai jenis tugas termasuklah menghantar minuman kepada pelanggan.

Walaupun Kazoku terpaksa berdepan dengan dugaan apabila bazar Ramadan terpaksa dibatalkan atas arahan PKP, ini tidak mematahkan semangat mereka. Malah mereka semakin aktif di media sosial untuk mengembangkan perniagaan mereka di kawasan kejiranan sekitar Kuching dan disokong pula oleh khidmat warga OKU.