[PERADUAN] Jom Kongsi Juadah Sahur demi Manfaat Bersama di Bulan Ramadan - Jiran

[PERADUAN] Jom Kongsi Juadah Sahur demi Manfaat Bersama di Bulan Ramadan

Penyertaan anda amatlah dihargai. Hadiah berupa barangan eksklusif daripada Jiran sedia untuk dimenangi!

Published on 8 April 2022

Salah satu perkara yang mendatangkan keberkatan pada bulan Ramadan ialah amalan bersahur. Namun, ada di antara kita yang tidak sempat merancang sajian yang sesuai dimakan setiap hari semasa bersahur. 

Contohnya, ibu-ibu di luar sana pasti sering kehabisan idea apabila memikirkan menu ringkas tetapi berkhasiat yang boleh dihidangkan kepada keluarga tersayang. 

Bersempena bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan ini, apa kata anda kongsikan foto-foto lauk dan masakan sahur yang anda sediakan? Perkongsian anda itu nanti mungkin sedikit sebanyak dapat membantu insan lain yang memerlukan idea tentang juadah bersahur yang enak lagi menarik. 

Jom sertai peraduan Kongsi Juadah Sahur yang Jiran anjurkan. Hadiah yang ditawarkan memang sangat eksklusif! 

Berikut ialah maklumat lanjut berkenaan peraduan kali ini: 

Cara Penyertaan: 

  1. Follow akaun Instagram Jiran dan like post ini 
  1. Muat naik foto masakan atau makanan sahur di akaun Instagram anda 
  1. Ceritakan kisah di sebalik makanan tersebut dan jelaskan mengapa ia menjadi pilihan menu bersahur terbaik 
  1. Jangan lupa sertakan #JiranSahur dan tag Instagram @kitajiran 
  1. Pastikan akaun Instagram anda diset kepada public 

Terma & Syarat: 

  1. Tempoh penyertaan: 7 April 2022 – 17 April 2022 
  1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia 
  1. Penyertaan yang tidak menepati syarat tidak akan diterima 
  1. Hanya 10x orang pemenang akan dipilih secara rawak 
  1. 1x kemeja-T Jiran, 1x bekas minuman (tumbler) Jiran, 1x lanyard Jiran dan 1x beg serba guna (totebag) Jiran akan diberikan kepada setiap pemenang 

Sebarkan kemeriahan dengan mengajak keluarga dan rakan anda untuk turut serta dalam peraduan ini. Selamat mencuba! 

Dapatkan banyak lagi peluang untuk memenangi hadiah istimewa seperti ini. Ikuti Jiran di Instagram, Facebook dan Twitter.