[VIDEO] Syarikat Tempatan Bangkit Semula dengan Sokongan Yellow Pages x Funding Societies - Jiran

[VIDEO] Syarikat Tempatan Bangkit Semula dengan Sokongan Yellow Pages x Funding Societies

Ikuti jejak Manera Ventures. Rebut peluang keemasan untuk perniagaan anda!

Published on 3 June 2021

Pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita. Sehingga kini, masih ada beberapa sektor ekonomi yang belum boleh beroperasi. Kebanyakan industri yang sudah kembali dibuka pula terpaksa mengikuti norma baharu.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna hilangnya segala sinar harapan buat para peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Image 1 12

Platform digital sehenti Yellow Pages Malaysia tampil berganding bahu dengan platform pembiayaan digital PKS terkemuka Funding Societies untuk menawarkan penyelesaian pembiayaan digital kepada perniagaan PKS yang memerlukan.

Melalui inisiatif Yellow Pages x Funding Societies, peluang terbuka luas kepada usahawan mikro dan syarikat PKS yang menghadapi kesulitan mendapatkan pembiayaan daripada sumber kewangan tradisional. Menerusi kerjasama ini, perniagaan yang berkelayakan boleh memohon bantuan kewangan secara dalam talian di Yellow Pages. Yang lebih menarik, tiada sebarang keperluan cagaran, dokumentasi minimum, tempoh fleksibel serta kelulusan yang pantas!

Antara syarikat tempatan pertama yang berjaya mendapat kelulusan pembiayaan melalui platform Yellow Pages x Funding Societies ini adalah Manera Ventures. Ia dimiliki oleh Ahmad Shariman Che Omar yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

products 1

Manera Ventures yang diusahakan beliau seawal tahun 2016 menghasilkan barangan sukan serta cenderamata korporat seperti topi, payung, beg dan sebagainya. Syarikat ini juga pernah berkesempatan untuk membekalkan cenderamata khas buat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di dalam sebuah acara penutup rasmi. Hebat, bukan?

Image 4
Pemilik Manera Ventures, Ahmad Shariman Che Omar

Menurut Shariman, perniagaannya terkesan dengan wabak COVID-19 yang mengakibatkan sejumlah besar majlis korporat dan acara rasmi dibatalkan.

“Banyak majlis atau acara terpaksa ditunda atau dibatalkan disebabkan pandemik ini. Boleh dikatakan hampir 100% produk kami adalah berkaitan dengan majlis atau acara, contohnya kemeja-T untuk acara sukan serta cenderamata untuk acara mesyuarat atau latihan. Tanpa penganjuran acara-acara sebegini, produk kami adalah antara skop pertama yang disenaraikan sebagai aktiviti penjimatan perbelanjaan korporat,” katanya.

Ibarat rezeki terpijak buat Shariman apabila beliau terlihat iklan inisiatif Yellow Pages x Funding Societies melalui slot iklan di Buletin Utama TV3. Tidak lama selepas itu, beliau membuat permohonan pembiayaan di platform tersebut. Shariman mengakui bahawa program ini banyak membantu beliau bukan sahaja dalam aspek menjamin kelangsungan bisnesnya, tetapi juga dalam memperluaskan lagi skala operasi Manera Ventures.

Pembiayaan kewangan yang diterima menerusi Yellow Pages x Funding Societies terus digunakan untuk menghasilkan produk-produk premium Manera Ventures.

Image 5 7

“Sejak kami mendapat bantuan kewangan daripada program ini, kami mampu mengorak langkah ke hadapan dan berani untuk menghasilkan beberapa produk cetakan segera seperti cawan, kemeja-T dan beg. Kami kini boleh hasilkan kemeja-T yang direka khas (personalised) dengan satu reka bentuk (design) walaupun dengan tempahan satu helai,” jelas beliau.

“Program ini amat bermanfaat buat usahawan yang memerlukan bantuan dalam bentuk pembiayaan kewangan. Anda hanya perlu layari laman web Yellow Pages dan ikuti segala arahan yang diberikan. Apabila berbicara dengan pegawai yang menghubungi anda pula, berikan maklumat yang jelas dan telus tentang perniagaan anda,” katanya lagi.

Manera Ventures boleh dihubungi di maneraventures@yahoo.com atau talian 013-223 6865.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform Yellow Pages x Funding Societies, ataupun anda usahawan yang sedang mencari bantuan pembiayaan yang menepati keperluan anda, saksikan video ini:

Promosi eksklusif masih berlangsung: Pemohon yang berjaya mendapat pembiayaan melalui platform Yellow Pages x Funding Societies berpeluang melanggan program kesetiaan digital Chop Chop secara percuma selama 3 bulan serta menikmati diskaun 25% untuk perkhidmatan WiFi Advertising.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Mohon sekarang di Yellow Pages.

Perlukan lebih informasi? Ikuti cerita berkaitan: