Tip Penting Untuk Menceburi Bidang ‘Dropship’ - Jiran

Tip Penting Untuk Menceburi Bidang ‘Dropship’

Master Stokis Mamasab Bakery kongsi pengalaman yang pastinya berharga buat anda yang menyimpan impian mahu menjadi ‘dropshipper’ berjaya

Published on 21 September 2021

Kerjaya sebagai dropshipper dan ejen bukanlah jenis pekerjaan baharu di Malaysia. Kedua-duanya merupakan pilihan menarik bagi mereka yang ingin menceburi dunia perniagaan terutamanya di platform digital seperti media sosial.

Sistem dropship sesuai untuk seseorang yang ingin berniaga dengan mempromosikan sesuatu produk tanpa mengeluarkan modal yang besar. Ia merupakan pilihan yang selamat dan mudah bagi sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan. Menerusi sistem ini, seorang dropshipper berupaya meraih hasil jualan dengan hanya menggunakan Internet.

Perbezaan antara dropshipper dan ejen adalah segmen pemasaran yang diceburi. Dropshipper mengutamakan hasil jualan kendiri, sementara ejen berusaha mencapai sasaran tertentu sesebuah syarikat.

Bila bercakap tentang sistem dropship yang berkesan, siapa tidak kenal Mamasab Bakery? Syarikat ini menjual produk bakeri dan manisan. Cawangan pertama Mamasab International Sdn Bhd dibuka pada tahun 2018. 

Tekad dan usaha Master Stokis Mamasab Bakery yang tidak kenal penat lelah telah membuahkan hasil. Dengan lebih 160,000 pengikut di Facebook, Mamasab Bakery kini sudah terkenal dan berjaya mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan makanan sejuk beku dan produk kosmetik.

Antara faktor kejayaan syarikat ini adalah kewujudan barisan tenaga kerja yang teguh dan tidak mudah berputus asa. Nur Syahirah Marzuki, atau lebih mesra dipanggil Syera, merupakan salah seorang Master Stokis yang bersemangat kental dan sentiasa mengatur langkah demi mencapai kejayaan.

Berkat prestasi cemerlang beliau serta pencapaian #teamsyerahamzah seramai 800 orang, Syera telah menerima anugerah jualan tertinggi pada tahun 2020. Syera berbesar hati untuk berkongsi petua dan pengalaman beliau sejak menceburi dunia dropshipping. Jom kita baca!

Apakah langkah pertama ke arah menjadi dropshipper?

Fahami flow dan tujuan bisnes dropshipping. Kenali sasaran dan sentiasalah berdisiplin. Teliti dan hadam arahan team leader supaya anda dapat mempelajari selok-belok menjadi dropshipper yang berjaya.

Adakah kami perlu menetapkan sasaran jualan kami sendiri?

Sasaran jualan wajib ditetapkan supaya anda tidak dipandang remeh oleh pasukan anda. Dalam sehari, anda perlu mencapai lebih kurang RM100 jika sasaran anda adalah RM2,000 jualan peribadi setiap bulan. Ringkas kata, bagi meraih RM2,000 dalam tempoh 30 hari, anda perlu menetapkan sasaran harian sebanyak RM84. Ia juga bergantung kepada kebarangkalian anda mengadakan promosi.

jiran mamasab puansyera
Imej: @mamasabstation_syera

Bagaimana jika kami hendak membina rangkaian pelanggan kami sendiri?

Anda perlu bermula sebagai dropshipper dahulu untuk menyelami selok-belok perniagaan dengan baik. Jika anda terus bermula sebagai stokis, anda pasti tidak akan memahami bagaimana perniagaan dijalankan kerana anda tidak biasa dengan proses dropship

Oleh itu, pekerja baru di Mamasab Bakery selalu bermula pada tahap dropshipper dan menyelesaikan modul pertama sebagai dropshipper. Untuk mempelajari cara melakukan jualan dan pemasaran, pekerja tersebut akan bertanya kepada team berkenaan. Dari situ nanti, beliau akan mula membina rangkaian pelanggan sendiri. 

Sasaran setiap tahap dropshipping adalah berbeza dan beliau akan mempelajari perbezaan antara target market dan flow bagi setiap tahap. Pada tahap awal, jualannya tertumpu kepada rakan-rakan dan ahli keluarga sahaja sebelum berkembang kepada kumpulan sosial yang lebih luas.

Apakah amalan yang paling penting dalam menyediakan layanan atau perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan?

Bagi saya, perilaku pelanggan atau customer behaviour serta cara berkomunikasi di media sosial dan WhatsApp perlu didalami. Jika ada pelanggan yang bersikap cerewet, kami mengatasi cabaran ini dengan mencadangkan produk yang lebih sesuai.

Amatlah penting untuk tidak overpromise bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diterima. Kami juga mengutamakan pendekatan yang personalised untuk setiap  pelanggan.

jiran mamasab products
Imej: Facebook Mamasab Bakery 

Boleh kongsikan beberapa petua untuk mengadakan promosi di media sosial?

  1. Anda perlu mengutamakan perkongsian atau sharing, bukannya sentiasa memberi fokus kepada jualan semata-mata. Sebagai contoh, elakkan hard-selling. Hard-selling bermaksud anda mengetengahkan posting seperti: “Ini adalah promo kami pada hari Selasa sampai Khamis dengan harga RM30. Jika berminat, sila tekan pautan di bawah”. Taktik ini kadang-kadang boleh bersifat terlalu memaksa dan sesetengah orang tidak menyukainya.

    Ramai yang lebih suka jenis posting seperti: “Alhamdulillah, hari ni ada yang pesan Nutella Cheese Tart”. Ia bersifat lebih akrab dan menjurus kepada perkongsian, sama seperti: “Malam ini kami makan simple sahaja. Kambing perap cepat dan mudah”. Banyakkanlah perkongsian sebegini. Anda tidak mahu pelanggan membalas dengan kata-kata seperti “Kau ni asyik paksa aku”. Pasukan jualan pula perlu bijak menilai keadaan dan tidak memuat naik entri yang memaksa sehingga merimaskan pengikut media sosial.
  1. Penggunaan tanda pagar atau hashtag yang konsisten adalah suatu strategi berkesan. Gunakan tanda pagar seiring dengan sharing. Contohnya, saya menggunakan #teamsyerahamzah bagi mengingatkan pengikut media sosial saya tentang bisnes saya dan bagi memudahkan pelanggan saya mencari posting saya. Dengan tanda pagar, senang untuk orang ramai mencari posting tentang perkhidmatan dan produk anda di media sosial.
  1. Selain itu, anda boleh membuat posting tentang hasil harian yang berjaya diraih melalui  perniagaan dropshipping anda, ataupun maklum balas daripada ketua pasukan anda. Bagi saya, saya akan membuat posting tentang hasil jualan harian saya supaya pelanggan lebih yakin akan perkhidmatan yang saya sediakan.
  1. Cara lain untuk mengukuhkan keyakinan pelanggan adalah dengan berkongsi maklum balas daripada pelanggan. Ramai dropshipper yang membuat posting WhatsApp Stories dengan menggunakan gambar daripada runner yang berjaya melengkapkan penghantaran, ataupun mesej daripada para pelanggan apabila mereka menerima barang yang mereka beli.

Kami berharap setiap tip yang diberikan ini dapat membantu anda memahami dunia dropshipping dan cara menjana pendapatan sebagai ejen dropship.

Layari laman web Mamasab Bakery jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sistem dropship jenama viral ini.

Yellow Pages menawarkan penyelesaian pemasaran digital yang sesuai untuk perniagaan tempatan. Berminat? Klik pautan ini sekarang.