[VIDEO] Uniknya Lemang Daun Lerek Greenwood - Jiran

[VIDEO] Uniknya Lemang Daun Lerek Greenwood

Macam-macam jenis lemang ada di kedai ini! Dengan kepelbagaian rasa yang memikat, makanan warisan kegemaran rakyat Malaysia terus mendapat sambutan

Published on 21 April 2022

Lemang ialah juadah yang paling disukai ramai semasa Hari Raya Aidilfitri. Bertambah membangkit selera bila lemang diiringi dengan hidangan klasik lain seperti rendang, kuah kacang dan serunding.  

Anda nak cuba satu kelainan pada sambutan Syawal kali ini? Lemang keluaran Lemang Daun Lerek Greenwood yang terletak di Gombak memiliki daya tarikan yang tersendiri. Lemang yang dijual di sini sangat popular kerana ia dibalut dengan daun lerek dan bukannya daun pisang seperti kebiasaan. Selain lemang biasa, aneka pilihan lemang ada ditawarkan seperti lemang pulut kuning dan lemang pulut hitam. 

Antara kelebihan lemang daun lerek ialah ia tahan lebih lama dan mudah untuk dihidangkan. Anda tidak perlu bersusah payah untuk memotong buluh. Dengan hanya menarik tangkai daun, lemang sudah boleh dikeluarkan! Kepada peminat juadah lemang, boleh segera berkunjung ke sini untuk membeli lemang daun lerek dan mencuba sendiri keenakannya yang tiada tandingan. Jom saksikan keistimewaan Lemang Daun Lerek Greenwood:

Ada banyak lagi tempat makan menarik yang perlu anda cuba. Jangan ketinggalan! Ikuti Jiran di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube untuk maklumat terkini.