[VIDEO] Bagaimana Itik Shack Memuaskan Hati Peminat Itik Panggang - Jiran

[VIDEO] Bagaimana Itik Shack Memuaskan Hati Peminat Itik Panggang

Kualiti jadi keutamaan! Proses penyediaan yang teliti memastikan setiap hidangan menepati cita rasa pencinta makanan

Published on 30 June 2022

Itik Shack yang beroperasi setiap hari dari pukul 12.30 tengah hari hingga 12 tengah malam di The Paddock, Petaling Jaya selalu menjadi tumpuan orang ramai yang menggemari hidangan itik panggang. Antara menu yang mendapat sambutan ialah Nasi Itik Panggang Masak Lemak, Nasi Itik Panggang OG dan Itik Sliders. 

Hampir tiga tahun menjalankan perniagaan ini, Itik Shack dikenali ramai kerana itik panggangnya mempunyai aroma yang harum dan tidak hamis. Ketua tukang masak yang bertanggungjawab dalam penyediaan menu di sini telah mempelajari resipi asli serta teknik memanggang itik daripada seorang tukang masak berbangsa Cina yang mengambil masa lebih setengah tahun untuk dikuasai. Anda boleh mencuba keenakan rasa itik panggang asli ala Hong Kong di Itik Shack. Perniagaan ini dimiliki oleh usahawan tempatan yang mahu memperkenalkan menu itik panggang halal kepada masyarakat setempat. 

Saksikan paparan video ini untuk melihat kelainan masakan berasaskan itik panggang yang dibawakan oleh Itik Shack. Itik Shack ialah perniagaan milik usahawan Muslim tempatan, Shakib Abd Hamid dan Mohd. Azmi Rosly. 

Untuk ketahui tempat makan menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga, ikuti Jiran di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube. 

Mencari peluang untuk menceburi bidang perkhidmatan makanan dan minuman (F&B)? Platform keusahawanan seperti unifi Business Club (uBC) menawarkan manfaat sepenuhnya untuk anda mempelajari selok-belok pengurusan perniagaan yang strategik dari awal hingga akhir. Daftarlah sebagai ahli uBC hari ini untuk menikmati banyak faedah yang dapat menyokong usahawan baru seperti anda!