[VIDEO] Bazar Ramadan Kembali Dengan Kelainan - Jiran

[VIDEO] Bazar Ramadan Kembali Dengan Kelainan

Pandemik tidak lagi menghalang aktiviti bazar

Published on 28 April 2021

[Jiran Biz]

Seperti yang kita semua maklum, tahun lepas merupakan pengalaman pertama kali kita meraikan Ramadan dalam suasana yang cukup berbeza akibat pandemik COVID-19. Contohnya, tiada kunjungan daripada sanak-saudara, rakan-rakan ataupun teman sepejabat untuk berbuka puasa. Yang paling ketara adalah ketiadaan bazar Ramadan yang sangat sinonim dengan budaya rakyat Malaysia.

Sudah pasti kita rindu dengan suasana hiruk-pikuk di bazar seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Tiada lagi kedengaran teriakan mempromosi pelbagai perisa air ataupun aneka jenis nasi. Bahkan, peminat bazar Ramadan terpaksa membuat tempahan dalam talian untuk mendapatkan juadah berbuka kegemaran mereka.

Mujurlah tahun ini, selepas meneliti semua aspek, kerajaan telah memberikan peluang buat para peniaga bazar Ramadan untuk beroperasi semula. Tetapi mereka hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat demi menjaga keselamatan orang ramai yang datang membeli juadah.

Ternyata bazar Ramadan tahun ini berlainan dengan apa yang kita biasa alami sebagai pengunjung bazar sebelum ini. Antara perbezaan yang jelas ialah sistem one way in and out — kewujudan khemah-khemah di pintu masuk dan keluar bazar Ramadan. Pengunjung perlu mengimbas kod QR dan diwajibkan memeriksa suhu badan sebelum memasuki kawasan bazar, serta mengamalkan penjarakan fizikal. Jumlah pengunjung juga dihadkan. Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan masuk dalam satu-satu masa.

Belum lagi ke bazar Ramadan berhampiran anda? Tonton video ini dan lihat sendiri kemeriahan bazar Ramadan pasca PKP:

Masih gusar akan situasi COVID-19 tapi ingin menikmati juadah bazar? Ada banyak pilihan di Yellow Pages Malaysia. Bolehlah klik pautan ini: https://www.yellowpages.my/ramadhan