[VIDEO] Bootboys Dulu dan Kini: Melawan Perkauman Selamanya - Jiran

[VIDEO] Bootboys Dulu dan Kini: Melawan Perkauman Selamanya

Antara persepsi dan realiti. Ketahui cerita sebenar budaya ini

Published on 18 May 2021

Jika anda berada dalam kategori 90s kids, pasti anda biasa dengan budaya bootboys atau nama lainnya skinhead yang pernah menjadi fenomena di negara kita suatu masa dulu. Cara hidup yang terkenal dengan stail fesyennya yang kemas menjadi ikutan ramai anak muda, lebih-lebih lagi selepas beberapa kugiran meraih populariti di sekitar tanah air.

Antara persepsi dan realiti

Pada era tersebut, golongan bootboys ini sering dipandang negatif oleh media dan masyarakat disebabkan muziknya yang keras dan perbuatan segelintir individu yang menyerupai mereka. Hakikatnya, mereka hanyalah mengamalkan subbudaya yang memperjuangkan hak pekerja dan hak asasi manusia serta menentang sentimen antiperkauman yang menular dalam komuniti kita.

Kami sempat menemu ramah anggota komuniti yang masih mengamalkan budaya ini dalam kehidupan seharian mereka. Nak kenal bootboys dengan lebih dekat? Jom tonton video di bawah:

Inginkan sedikit kelainan dalam gaya hidup atau fesyen anda? Klik pautan Yellow Pages ini.