[VIDEO] Cara Menganyam dan Memasak Ketupat Tradisional - Jiran

[VIDEO] Cara Menganyam dan Memasak Ketupat Tradisional

Banyak jenis ketupat boleh dianyam menggunakan daun kelapa muda. Salah satu teknik anyaman yang paling popular ialah ketupat pasar yang dijual di Warung Ketupat

Published on 27 April 2022

Warung Ketupat yang terletak di Kampung Permatang, Kuala Selangor ialah sebuah gerai sarapan pagi yang menjual menu berasaskan ketupat nasi. Ia cukup popular dalam kalangan penduduk setempat bahkan sering menerima kunjungan daripada orang ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati ketupat asli bersama rendang ayam, kuah kacang dan serunding kelapa. 

Menurut pemilik Warung Ketupat iaitu Azian Mahmud atau lebih mesra disapa sebagai Kak Yan, beliau sudah menjalankan perniagaan milik keluarganya ini hampir 30 tahun. Selain ketupat, makanan yang turut menjadi kegemaran pelanggan setiap kali datang ke sini ialah lontong dan sate kerang. 

Setiap minggu, 4,000 sehingga 5,000 biji kelongsong ketupat dianyam bagi memenuhi permintaan pelanggan. Kesemua masakan disediakan sendiri oleh Kak Yan menggunakan resipi tradisi Bugis yang diwarisi daripada ibunya. 

Bagi Kak Yan, jenis anyaman ketupat dapat mempengaruhi kelazatan hidangan. Sebagai contoh, ketupat pasar lebih sedap dimakan bersama rendang kerana isi nasinya yang mampat dan tebal berbanding ketupat sate atau ketupat pengantin. 

Jika anda mahu merasai keenakan ketupat terutamanya di luar musim perayaan, boleh segera berkunjung ke Warung Ketupat yang mengambil masa satu jam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur. 

Jom saksikan cara menganyam dan memasak ketupat tradisional sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi:  

Untuk ketahui tempat makan menarik di kejiranan anda, ikuti Jiran di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube. 

Anda pengusaha makanan dan minuman? Dapatkan penyelesaian lengkap bagi melebarkan sayap perniagaan anda melalui portal unifi Business Club (uBC) sekarang!